We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

The Adjustment Bureau September 24, 2011

Filed under: Movies — visitor74 @ 5:10 pm

20110924-051004.jpg

Lama dah tak buat movie review. bukan aku tak tengok wayang atau movie dah, tapi malas la pulak nak buat review. aku akan cuba review balik mana mana movie yang aku tertinggal tu.

ni movie yang baru. tengok kat wayang. tengok sebab dilakonkan oleh Matt Damon, yang setakat ni takde lagi movie dia yang tak suka tengok. menarik konsep movie ni. memanglah tak masuk akal. tapi macam real jer. cerita dia pasal sebenarnya dalam dunia ni, ada biro atau segolongan makluk yang rupa macam manusia, tapi dorang boleh pulak ubah realiti kehidupan kita ni. kalau dia rasa kita akan buat keputusan yang tak berapa betul, dorang akan interfere. mengarut kan? movie ni bayangkan mereka ni seperti malaikat la konon. nak menolong manusia sebab diarahkan oleh ‘orang atas’: konon tuhan la tu. mengarut sungguh.

tapi macam biasa, aku suka tengok movie malas nak pikirkan sangat pasal betul ke tidak jalan cerita tu dulu. masa menontonlah. lepas tu, baru aku pikirkan balik, apa agaknya yang ditonjolkan oleh pembuat filem tu? adakah masuk di akal? adakah ianya akan merosakkan pandangan masyarakat? adakah ianya nak mengutuk islam dan sebagainyalah. takkan nak tengok kosong jer, buang masa kan?

takde pengajaran sangat yang boleh diambil daripada movie ni. sebab dah tak masuk akal. dapat tengok cinematography jer la. yang menarik pulak tu. best jalan cerita movie ni. bayangkan kalau betul, he he he.. makhluk makhluk ni dulu claim kalau dorang tak ambik pendekatan macam tu, iaitu dengan involve dalam keputusan manusia, maka itulah terjadinya benda benda yang tak elok. macam perang dunia dan sebagainya.

Matt Damon ditemani kali ni oleh pelakon wanita bernama Emily Blunt yang aku tak kenal. mungkin filemnya sebelum ni tak box office. tapi lepas ni aku rasa dia akan lebih dikenali lagi dalam dunia perfileman.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s