We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Kekadang tu payah jugak nak jawap September 24, 2011

Filed under: Ilmu,Monolog — visitor74 @ 4:46 pm

kekadang tu adalah jugak yang bertanyalan soalan soalan agama kat aku. bukanlah aku pandai sangat, tapi entahlah, sebab aku boleh jer jawap. bukanlah maknanya jawapan betul, tapi idaklah garu kepala sangat masa nak jawap tu. selalunya soalan yang senang jer nak jawap. benda yang telah ditetapkan oleh agama. perkara fardhu ain.

tapi dalam agama ni, banyak pendapat berkenaan fiqah dan pegangan. macam macam pendapat. sampai aku kekadang tu terpikir, mereka yang mualaf yang baru masuk agama islam ni, mesti pening sebab macam macam pendapat ada. tak tau mana yang betul. mazhab kita pun banyak, mesti dorang tak tau mana nak ikut. bukan hanya antara mazhad berbeza pendapat, tapi dalam sesama mazhab tu kekadang ada perbezaan pendapat. ini bukanlah perkara yang menghairankan. memang ada yang tanya aku kenapa dalam islam ni banyak pendapat? bukan apa, kita semua ni diberikan oleh Allah otak untuk berfikir, jadi memanglah kita akan berfikir. dan dalam Quran dan hadith, bahasa yang digunakan adalah tidak boleh difahami dengan mudah oleh semua orang. dan ilmu dan pemahaman semua orang tidaklah sama. jadi pemahaman mereka kepada sumber sumber agama yang ada adalah berbeza. maklumat yang mereka terima juga tidaklah sama. contohnya, mungkin mereka tidak mendapat ataupun membaca hadith yang sama. jadi itu akan menyebabkan banyak pendapat yang berbeza.

kekadang tu ada orang bertanya aku pendapat tentang sesuatu dan aku bagi jawapan. berdasarkan apa ilmu yang aku ada. tapi ada yang tak dapat nak terima sebab macam lain sikit. ataupun lepas tu dorang baca kat tempat lain, atau tanya kat orang lain, lain pulak pendapatnya. bukanlah aku nak kata pendapat aku ni betul sangat, tapi sumbernya adalah boleh dipercayai. pendapat lain pun aku tahu jugak, tapi pada aku, tidaklah tepat. sebab kita ni selalunya dah biasa dengan sesuatu pendapat berdasarkan kebiasaan yang dah biasa dibuat, sampai kalau ada pendapat yang lain sikit susah orang nak terima. contohnya kenduri arwah. dalam islam sebenarnya takde. bukan setakat takde, tak elok dibuat sebab menyusahkan orang. bayangkan kalau ada kematian, dan keluarga yang ditinggalkan tidak berkemampuan sangat nak buat kenduri. bukankah susah kalau buat kenduri? tambahan pulak kalau duit buat kenduri itu pulak diambil dari tinggalan anak yatim simati. sudahlah tak banyak, kena ambik untuk jamu orang lain pulak. bagaimana kalau yang mampu, elok buat atau tidak? elok tak buatlah. sebab kalau mereka buat, jadi itulah sebabnya orang lain terpanggil nak kena buat. cuba kalau semua orang tak buat, tak jadilah janggal kalau tak buat kenduri arwah ni kan?

jadi inilah antara benda benda yang baru kita tahu lepas kita belajar lagi banyak. sebab takat belajar biasa jer, bukan semua kampung buat kenduri ke? sikit sikit kenduri itu ini. tapi apabila kita bukakan pandangan kita dan berani untuk menerima pendapat orang lain, maka akan terbukalah ilmu ilmu yang lebih benar. yang pada akulah. terpulang kepada mereka yang mahu mendengar. kalau tak nak susah pikir, tak payahlah tanya.

lagi satu, pasal solat. kita bukannya belajar betul betul solat masa belajar kecik kecik dulu. belajar lebih kurang jer. yang mengajar pun tak tau apa yang benarnya. benarnya adalah bagaimana cara rasul sendiri solat. ada benda benda yang kita tak tahu kalau tak belajar. nak mengajar pun susah jugak. sebab orang dah biasa buat sesuatu perkara sampai kalau citer benda yang tak biasa didengar, mestilah orang akan lain macam.

itulah dia. payah jugak nak citer kat orang lain. aku try to simpan sendiri. tapi kalau nampak orang tak tahu tu, kesian jugak aku. takkan nak simpan ilmu sendiri.

bukanlah aku ni baik sangat. banyak lagi nak kena betulkan. banyak lagi dugaan dunia yang masih mengganggu. tapi pada aku, ilmu mestilah dipelajari. buat tak buat tu, terpulang kepada iman. jangan nanti bila dah tua nanti, nak beramal, tapi semua hapah benda tak tahu. baru nak belajar, mana nak sempat. sempat buat benda yang salah jerlah dulu. lepas tu heran. mengadu “selama ni tak tahu pun….” memanglah tak tahu, kau taknak belajar. jadi luangkanlah masa di masa umur muda, dimasa kepala otak masih lagi fresh nak terima ilmu dan banyak lagi masa nak amalkan. takkan nak buat benda yang salah jer kan?

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s