We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Jajah ke tidak ha? September 24, 2011

Filed under: Current Affairs,Monolog — visitor74 @ 2:52 pm

takde la plak orang tanya pendapat aku, sebab buat apa dorang na tanya kan? yang tanya pun kalau kalau aku dah tanya mak mertua aku. tapi aku tak dapat sembang lama dengan dia. so biarlah aku bagi pendapat aku sendiri.

negara ni memang tak pernah lekang dengan isu isu semasa yang akan membuatkan kita berpikir, tergelak, geram dan sebagainya. aku dah ambik pendekatan jangan nak marah dengan benda benda ni sebab semuanya macam untuk menghiburkan kita. dan membuatkan kita terpikir mencari jawapannya. cuma tak best tu manusia ni kalau dah jenis gedeber tu akan buat pasal jugak. nak marah, nak maki dan caci. pendek kata, macam ntah apa apa. macam dia sorang yang pandai. macam dia dah masuk 17 universiti dan jadi dekannya.

ni sekarang ni aku cakap pasal samada malaysia ni dah kena jajah ke tidak. ada yang lagi pandai mengulas aku rasa. tapi inilah pendapat aku. Kita memang kena jajah pada masa singkat pada kertasnya. ada masa yang kita dijajah lama selepas portugis menjajah kita. tapi british jajah kita kejap sahaja. selebihnya kita jadi protectorate jer.

tapi itu atas kertas lah. berapa banyak orang cakap tapi maksudnya lain. tulis officially macam ni, tapi dalam prakticalnya lain amalannya. itulah dia sejarah jajahan kita. kalau baca literally, memanglah agaknya kita tak kena jajah. tapi pada dasarnya, macam itulah jugak. masa tu, kita tak dapat nak buat keputusan 100% ada bangsa lain yang buatkan keputusan kepada kita. ada harta benda hak kita yang diambiknya dan dijadikan retenya. ada orang orang kita yang ditindasnya, tidak diberikan haknya. ada yang bagus, ada yang tidak. macam jugak semua benda. kalau nak kaji semua, tak dapatlah kita gambaran penuhnya. tapi kaji kena kaji. nanti akan ada banyaklah buku pasal benda ni nanti. kita akan baca nanti kalau ada kesempatan. tapi itu akan menjadi satu pendapat dari satu pihak. adalah pulak pihak lain buat buku yang lain pulak ceritanya. tak habis habis. all these area academics.

apa yang nak kita ambik pelajaran? itu yang penting. mereka tidak menjajah kita sekarang sebab mereka dah takde kat sini dah. kita boleh buat keputusan sendiri dah. tak payah nak check dengan dorang lagi dah. pada zahirnya.

tapi adakah kita tidak terjajah fikiran kita lagi? sekarang mereka menjajah kita secara halus. ada perkara agaknya yang kita tak boleh buat sesuka hati sebab kalau kita buat, mereka tidak suka. maka mereka tidak lagi bagi bagi duit kat kita. dah taknak berniaga lagi dengan kita. atau tulis dalam media tak suka kat kita. dan kita pun menggelabah.

atau mereka menjajah fikiran kita dengan memberi idea kepada kita apa yang perlu kita buat. apa kita perlu pakai. apa kita perlu fikirkan. sampai kita terikut ikut mereka sebab kita nak jadi macam mereka. sampai kita buat benda yang mungkin salah di mata agama. agama lagi jauh pulak dengan kita. kita ikut mereka lagi banyak dari kita ikut pendapat agama. tak kira jajah ke tu?

dan janganlah kita asyik nak maki maki orang. panggil orang lain kangkung ke apa… sapa kita ni? pandai sangat ke kita? baik sangat ke kita? huduh sangat ke orang lain sampai kita benda nak tengok dia pun? marilah kita melihat perkara ini sebagai perkara yang boleh menyebabkan kita tahu lagi banyak tentang sejarah negara kita. bukan medan nak mencaci cerca.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s