We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Marhaban ya Ramadhan August 1, 2011

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 10:21 pm

Alhamdulillah, insyaAllah kita bertemu lagi dengan ramadhan. Semalam ada kelas by Ustaz Zin berkenaan dengan Ramadhan, jadi adalah perkara perkara baru yang aku baru tahu. Aku ingat dah tahu banyak dah pasal Bulan Puasa ni, tapi ada jugak benda benda yang baru aku tahu semalam. Jadi aku nak share kat sini. Semoga bermanfaat kepada semua orang. Ada juga perkara-perkara yang berlaian dengan apa yang kita sangkakan sebelum ini. Diharap dapat kita berlapang dada dan minda untuk menerimanya.

1. Ramadhan dari perkataan ‘ramdhun‘ yang bermaksud Hawa yang panas. Nama ini diberi sendiri oleh Allah, bukan diberi oleh bangsa arab atau parsi dan sebagainya. Jadi maknanya tentulah ada sebabnya. Ulamak mengatakan kerana bulan Ramadhan adalah bulan di mana dosa kita diampunkan, jadi Allah zahirkan di dunia ini lagi. Dengan bahang yang panas itu, semoga dosa dosa kita diampunkan oleh Allah.

2. Ibadah Puasa diwajibkan keatas umat islam pada tahun 2 hijrah. Sebelum itu tidak ada puasa bagi umat islam. Tetapi umat terdahulu telah diarahkan untuk berpuasa. Tapi lain sikit dengan sekarang. Mereka tidak mempunyai bulan yang spesifik untuk berpuasa. Mereka berpuasa tiga hari dalam sebulan, tiap tiap bulan. Jadi totalnya adalah 36 hari. Macam kita jugak kalau kita berpuasa enam. Tapi kalau dulu, umat mempunyai pilihan samada hendak berpuasa atau membayar fidyah. Tapi kita takde pilihan. Kena puasa jugak. Fidyah adalah kepada dua golongan sahaja: orang tua yang tidak mampu berpuasa lagi; dan orang sakit yang tiada harapan sembuh. Kalau ada yang tinggal dulu, kena ganti dengan puasa jugak. Takde fidyah. Fidyah cuma untuk dua kes di atas sahaja. Dan kalau ada mak ayah kita yang tertinggal puasa dulu dulu tu, kenalah warisnya membayar dengan puasa juga. Bukannya dengan fidyah seperti disangka sebelum ini. Ini benda baru ni. Memang payah. Tepuk dahi aku bila dengar semalam.

3. Niat puasa memanglah ada. Tapi bukan semacam yang kita dok selalu buat. Niat dalam hati jer. Nabi hanya menzahirkan atau menyebut secara kuat niat dalam ibadah ini hanya pada dua tempat: apabila mengerjakan haji atau umrah; dan apabila melakukan ibadah kurban. Jadi kalau dah sahur tu, kita dah niat ibadah puasalah tu.

4. Sahur pulak ada pendapat kuat mengatakan bahawa ianya adalah wajib. Kerana nabi mengatakan bahawa sahur itu membezakan antara puasa kita dengan umat terdahulu seperti yahudi. Jadi kerana membezakan diri kita dah umat terdahulu itu adalah wajib, maka jatuhlah sahur itu sebagai wajib. Kuat pandangan itu. Cuma kerana kalau kita tidak bersahur, tidaklah puasa kita batal, maka itulah ada pendapat mengatakan yang mengatakan bahawa sahur itu tidak wajib. Jumhur ulama memang berpendapat bahawa sahur itu adalah sunat muakkad.

5. Antara masa yang amat afdhal untuk berdoa adalah waktu sahur dan waktu berbuka. Maka gunalah dua masa ini untuk berdoa.

6. Doa untuk berbuka lain dari yang kita biasa. Ini dah dua tahun aku tahu dah. Tapi aku rasa ada juga yang tak tau. So bolehlah cari doa berbuka yang nabi amatkan.

7. Ada hadith yang tidak betul berkenaan dengan puasa ni. Yang selalu kita dengar adalah berkenaaan dengan fadhilat hari hari bertarawikh tu. Hadith tidak ada asalnya. Aku agak dah. Tidaklah dijumpai siapa yang memulakan hadith ini.

8. Ini lagi hebat. Tidak boleh memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Ini hanya merujuk kepada rongga mulut. Jadi kalau kita korek telinga dan hidung, tidaklah membatalkan puasa. Tapi kita dari kecik lagi dah diberitahu takleh korek kan? Itu adalah pendapat yang salah. Islam itu mudah dan tidak memberatkan.

9. Nabi memulakan berbuka dengan manisan. Itulah selalu dimulai dengan kurma. Kalau takde, baru dengan air. Dan adalah sunnah untuk mengadap makanan apabila sudah dekat waktu berbuka. Bukan dah dengar azan berbuka, baru nak cari makanan. Dan sunnah Nabi adalah berbuka sikit dahulu, solat dan lepas itu barulah sambung makan. Bukan terus makan sampai habis. Tu aku selalu buat tu. Terus makan nasi apabila berbuka. Aku ingat supaya tak ingat makan masa tengah solat, tapi rupanya sunnah nabi lain rupanya. Sekarang ni pun bukanlah aku lapar sangat masa berbuka tu. Kalau dah makan sikit pun, dah ok dah. Kalau bebudak dulu, memanglah nak pelahap semua. Tapi tak lagi.

10. Hari syak tidak boleh berpuasa. Tapi hari syak itu adalah hanya pada 30 Syaaban yang kita tak boleh nampak anak bulan kerana mendung dan sebagainya. Kalau hari tak mendung, tapi tak nampak jugak anak bulan, maka 30 Syaaban itu bukan hari syak lagi.

11. Sunnah Nabi apabila bertarawikh adalah hanya buat 11 rakaat ataupun 13 sahaja (8 rakaat tarawikh dan 3 witr). Tapi lamanya solat nabi itu. Jangan macam sekarang. Buat sampai 20 tapi kelam kabut. Eloklah kalau kita mengamalkan dengan baik solat sunat itu. Jangan tergopoh gapah nak habiskan.

12. Ada yang tanya: apa hal dengan mereka yang berpuasa tapi tak solat? ustaz Zin kata puasa mereka tidaklah batal, tapi pahala mereka atau amalan mereka tidak diangkat. Maka sia-sialah amalan mereka. Seperti juga dengan amalan-amalan yang lain, kalau tak solat, kita tak angkatlah amalan mereka. Jadi macam tak buat. Rugi sangat tu. Amalan ni diangkat masa subuh dan juga masa asar. Jadi kenalah kita solat awal di masa Subuh dan Asar sahaja. Sememangnya kita kena solat awal. Cuma kalau lambat solat yang dua ni, maka lambatlah amalan kita diangkat.

13. Tak jadi masalah kalau nak gosok gigi masa berpuasa. Sebab nabi dah pernah berkata: “kalaulah tidak memberati umatku, aku akan suruh dia bersugi setiap kali ingin mendirikan solat”. Lebih kurang macam tulah. Rasanya ramai dah pernah dengar dah hadith ni. Jadi sabda nabi ini boleh jugak dipakai walaupun semasa sedang berpuasa. Tapi akan ada yang cakap, “tapi bau mulut tu macam bau kasturi, bukan begitu?”. Yerlah, itu di sisi Allah… di sisi kita? Larat nak tahan bau mulut busuk tu? he he he.

14. Yang ni penting. Kita kena betulkan niat kita untuk berpuasa. Sebab apa kita berpuasa? Adakah sebab kita dah biasa? Sebab semua orang lain pun berpuasa jugak? Kita kena betulkan niat kita bahawa kita berpuasa adalah kerana arahan dan perintah Allah. Kerana Allah kita berpuasa.

15. Puasa tidak batal kalau kita derma darah atau masukkan darah. Maknanya Kalau kena inject masuk ubat tu, tak batal puasa. Lainlah kalau injection tu masuk ubat yang dapat mengenyangkan kita. Kalau camtu, barulah batal.

16. Kalau muntah tak sengaja pun tak batal.

17. Tak salah kalau merasa makanan kepada suri rumah yang memasak untuk berbuka tu. Cuma jangan telan. Rasa kat mulut jer.

18. Tak salah kalau nak mandi walaupun dah dekat nak berbuka. Jangan mandi lama lama jerlah. Janganlah pulak mandi dari asar sampai maghrib tak habis lagi.

Tuan tuan, mungkin ada benda yang saya sampaikan ini adalah lain dr apa yang kita dah biasa belajar dr zaman tadika dulu. Tapi saya yakin yang apa yang disampaikan oleh ustaz ini adalah dari sumber hadith dan kitab muktabar, antaranya adalah kitab karangan Imam Nawawi. Semoga kita berlapang dada dan minda untuk menerimanya. Sekurang kurangnya membuka minda saudara saudari sekelian untuk mencari lagi ilmu yang bermanfaat.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s