We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Burried June 12, 2011

Filed under: Movies — visitor74 @ 11:56 pm

20110612-114928.jpg

20110612-115009.jpg

Aku suka sangat kalau Ryan Reynolds berlakon. Selalunya karekter dia adalah sorang yang lepak dan lawak. Dialog dia mesti best.
Dalam filem ni pun lebih kurang jugak. Tapi tak macam selalu. Sebab duduk dalam keranda. Dalam filem ni dia kena tangkap dan diletakkan dalam keranda bawah tanah sebab orang tangkap dia nak ransom.
Macam biasa, yang menangkap adalah orang arab. Kat Iraq. Ini propaganda america nak memburukkan nama orang arab lagi dan secara langsungnya adalah orang islam. Letih dah sebenarnya nak tengok media america ni memburukkan orang arab/islam ni. Tapi masa aku mula tengok filem, aku tak tau apa yag akan dimuatkan. Harapnya orang islam kalau tengok cerita ni akan faham dan tak terpengaruh.

Menariknya filem ni, disiapkan dalam masa 17 hari jer. Tak tau berapa kutipan movie ni buat. Pelakon pun tak ramai. Sorang jer berlako betul betul, itupun tak berdiri pun. Baring dalam keranda jer sepanjang filem. Sebab filem ni juga, Ryan jadi claustrophobia sebab lama sangat duduk dalam keranda kecik.

Teringat kekadang ada amalan sufi tu buat latihan baring dalam kubur untuk mengingatkan mati. Kalau mereka buat macam filem ni, sure berkesan.

Ending tak menarik filem nih. Sepanjang movie, aku berharap dia dapat keluar. Tak keluar dia. Mati sedut pasir. Scarry habis. One of the worst way to die. Aku masa tengok, ngeri jer. Terbayang kalaulah jadi macam tu. Alahai. Tambah plak, ada jugak ular terlibat dalam pembikinan filem nih.

Bila kita dah mati nanti, masuk dalam tanah jugak. Teringat quote: at the end of the game, the king and the pawn, goes into the same box.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s