We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Khurafat February 4, 2011

Filed under: Movies — visitor74 @ 7:55 pm

Lagi satu movie seram yang dikeluarkan oleh produser filem Malaysia. Tak kira produser Melayu ke Cina ke amat suka nak keluarkan filem seram. Kemungkinan besarnya adalah kerana penonton Melayu amat suka filem seram. Jangan kata Melayu, penonton barat pun suka jugak. Bezanya hantu kita dan hantu mereka. Takdenya hantu kita akan jadi cantik macam hantu mereka. Kalau cantik pun, awal awal jer. Lepas tu mesti baju, rambut dan muka tukar habis. Lagi pandai mereka tukar baju dari superman lah boleh dikatakan. Dan kalau pontianak tu, mesti pontianak orang putih cantik jer. Boleh pegi Sekolah lagi. Ponti kita huduh dan baju tu mesti baju putih kotor koyak rabak.

Aku bukanlah suka nak tengok citer citer seram gini. Tapi ada orang ajak, aku pegilah jugak. Bukan apa, nanti kalau dah tengok, menyusahkan aku balik. Kang masa nak lalu kat kawasan rumah yang gelap gelap tu mulalah pikir macam macam. Padahal bukan ada apa pun.

Pada aku, semua hantu itu adalah jelmaan jin dan syaitan nak menakutkan manusia. Mereka suka sangat kalau kita takutkan mereka. Padahal kita kena takut pada Allah jer. Tapi mereka buat muka mereka huduh ya amat, suara ntah apa apa supaya kita senang duduk. Dari dulu sampailah sekarang.

Hantu ni ada yang percaya, ada yang tidak. Ada kata tahyul. Aku rasa tak salah kalau percaya dengan kewujudan hantu nih. Sebab jin dan syaitan memang ada. Nama jer tukar kepada hantu sebab nak takutkan kita. Pulak tu, mak ayah dari dulu sampai sekarang ni kot, asyik nak takutkan anak anak mereka dengan hantu. Sampai besarlah mereka akan takut. Yang patut mereka buat adalah bagi anak anak takutkan Allah. Takut nak buat dosa dan benda yang baik baik. Ini tidak, ajar takutkan hantu pulak. Dah betul betul anak takut, kan susah. Nak suruh tidur sendiri takut, nak suruh ambil barang dr dapur, takut. Dah kau ajar macam tu kan?

Ada jugak pengajaran dalam ini filem. Pasal orang menggunakan khidmat pawang untuk mencapai sesuatu. Yang aku pasti ramai lagi orang buat. Kalau bukan nak menyusahkan orang pun, untuk hajat sesuatu. Benda benda yang patutnya Mintak kat Allah tapi dorang Mintak kat pawang, bomoh ataupun ustaz ustaz yang ntah apa pasal, boleh pulak layan orang orang macam tu. Pemikiran masyarakat kita masih lagi macam tu. Tak habis habis asyik nak kena tipu dgn jin. Huhu. Kesian. Marilah kita Mintak tolong kat Allah jer. Tak payahlah nak menyusahkan jin jin tu lagi.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s