We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Tafsir surah As-Shaff (61) January 2, 2011

Filed under: Ilmu,Tafsir — visitor74 @ 3:08 am

1. Apabila hati kita bersih, kita akan dapat mendengar bahawa segala alam ini bertasbih membuktikan kebesaran Allah. Kita akan melihat bahawa Allah itu maha berkuasa yang dapat menjadikan segala dan Dia juga Maha Bijaksana kerana telah menjadikan semua teratur.

2. Mulanya dipanggil hai orang yang beriman. Tapi lepas itu ditanya kenapa berkata apa yang tidak kamu kerjakan? peringatan kepada orang beriman supaya tidak berdusta.

3. Sangatlah dibenci Allah kalau kita tidak berkata benar.

4. Seperti di dalam sembahyang, di dalam medan peperangan juga kita perlulah menyusun barisan dan mengikut kata-kata dan perintah Imam.

5. Kisah bagaimana Bani Israil telah menyakitkan hati Nabi Musa dengan meminta perkara perkara yang tidak patut. Tidak mengikut perintahnya dan macam macam lagi perlakuan mereka walaupun mereka tahu dan melihat dengan mata kepada mereka sendiri bahawa dia itu Rasul mereka. Ini sebagai pengubat hati kepada nabi kita bagaimana nabi yang dahulu pun telah disakiti oleh umatnya.

6. Isa telah memberitakan kepada pengikutnya bahawa beliau datang adalah hanyalah kepada Bani Israil, bukan kepada yang lain. Dan juga bahawa beliau adalah utusan Allah, bukan satu dari tiga.

Dan beliau tidak akan mengubah Taurat tapi akan meneruskan.

Dan memberi berita gembira tentang kedatangan nabi Muhammad yang dikenali sebagai Ahmad. Sepatutnya kaum bani israil telah mengetahui tentang kedatangan nabi Muhammad lagi. Tapi mereka mengatakan bahawa ianya adalah sihir merujuk kepada Quran. Kerana sesiapa yang mendengar akan terpengaruh dengan ayat-ayatnya.

meraka tidak akan mempercayai tentang kedatangan Rasul sebagai memenuhi apa yang dikatakan oleh nabi Isa itu.

7. Mereka berbohong tentang Allah padahal mereka hanya diseru kepada Allah. Walaupun mereka mengenal peribadi nabi sebagai mereka mengenali anak mereka sendiri. Tetapi mereka tidak mahu mengakuinya.

8. Dari mula Islam lagi, banyaklah usaha untuk memadamkan api keislaman. Tapi Allah akan memastikan bahawa cahaya kebenaran akan terserlah jua akhirnya.

9. Islam akan memenangi atas agama agama yang lain. Apabila manusia membandingkan agama Islam dengan agama lain, maka akan menanglah Islam. Walau bagaimana berusahanya kaum kafir hendak mengalahkan Islam.

10. Manusia ramai yg suka berniaga. Maka Allah membuat perumpamaan perniagaan di sini. Yang confirm akan menyelamatkan manusia dr azab. Ini adalah perniagaan yang Allah sendiri sebut. Sedangkan kalau ada manusia yang cakap ada Business bagus pun kita nak dengar, apatah lagi kalau dr Allah sendiri?

11. Kalau nak berniaga kena ada modal. Modal utk menyelamatkan diri adalah dua. Beriman kepada Allah dan juga rasulNya, dan kedua adalah berjihad fi sabilillah. Dua modal.

12. Keuntungan yg kita akan dapat dr perniagaan ini adalah: Allah akan ampunkan dosa kita yang kecil dan besar. Walaupun sesama manusia kerana apabila kita berjuang jihad, kita sebenarnya memperjuangkan manusia keseluruhannya.
Dan Allah akan masukkan kita ke dalam syurga Eden dan mendapat tempat tinggal yang bagus bagus.

13. Selain dari itu ada juga laba yang akan bagi dengan segera. Iaitu pertolongan dr Allah. Mereka mereka yang hendak memadam api keislaman akan diberi kekalahan. Kemenangan akan menjadi hak orang Islam dalam masa terdekat.

14. Allah mengajak kita menjadi pembantuNya. Adakah Allah memerlukan kita? Tidak sama sekali. Apa yang kita buat adalah untuk membangkitkan semangat kita untuk memperjuangkan Islam. Sama sekali Allah tidak memerlukan kita. Kitalah sahaja yg memerlukan pertolongan dari Allah.
Ini adalah ajakan kepada kaum Muhajirin dan kaum Anshar yang menjadi pembantu kepada Allah dan rasulNya. Seperti hawiri di zaman Nabi Isa. Hawari dr perkataan hiwaar yg bermaksud diskusi. Merekalah yg bersama dgn Nabi isa membincangkan tentang agama mereka.
Mereka telah memberikan pertolongan kepada Nabi isa dan dengan itu ada antara bangsa Yahudi itu yg beriman. Yang tidak menerima Nabi isa sebagai sebahagian dr Tuhan. Tetapi adalah seorang rasul. Maka terjadilah perpecahan di dalam agama nasrani dan Allah memberi kemenangan kepada mereka yg benar dengan kedatangan Nabi Muhammad yang membenarkan ajaran mereka.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s