We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Hadith 1 Sahih Bukhari December 16, 2010

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 4:11 pm

حدثنا الحميدي عبد الله بن الزبير قال حدثنا سفيان قال حدثنا يحيى بن سعيد الأنصاري قال أخبرني محمد بن إبراهيم التيمي أنه سمععلقمة بن وقاص الليثي يقول سمعت عمر بن الخطاب رضي الله عنه على المنبر قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو إلى امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Hadith pertama dari Sahih Bukhari. Going through the class by my respected islamic scholar: Ustaz Asri, the ex-Mufti of Perlis. He’s a scholar of Hadith. Thought that I share it with you. But it’s only the gist of the things that you can get from me. For further knowledge, you have to hear it yourself. You can download it at http://www.mymaktabaty.com/2008/08/mp3-ceramah-dr-mohd-asri-zainul-abidin.html

Translation: Diriwayatkan dari Amir al-Mukminin (pemimpin kaum beriman) Abu Hafsh Umar bin al-Khattab radhiyallahu’anhu beliau mengatakan : Aku mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya setiap amalan harus disertai dengan niat. Setiap orang hanya akan mendapatkan balasan tergantung pada niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya karena menginginkan perkara dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (hanya) mendapatkan apa yang dia inginkan.” (HR. Bukhari [Kitab Bad’i al-Wahyi, hadits no. 1

Hadith ini paling banyak kita dengar agaknya. Dan memang hadith ini salah satu dari hadith yang besar. Kerana dia berhubung dengan keseluruhan ilmu feqah. Kerana apa sahaja yang kita buat, ianya adalah bersangkut dengan niat kita. Kalau kita nak sembahyang, kena ada niat, kalau nak puasa dan sebagainya. Apa sahaja ibadah, ada niatnya. Tapi bukanlah lafaz niat seperti yang banyak disangka orang. Niat ini di dalam hati. Tapi banyak pulak orang melebih-lebihkan niat especially di dalam solat, sampai mengganggu solatnya. Sebab dia kata ‘niat tak masuk’. Tapi niat ini adalah lintasan di dalam hati sahaja. Mana mungkin tetiba seseorang berdiri untuk mengerjakan sembahyang tetapi dia tidak berniat melakukan solat.

Hadith ini alImam Bukhari telah meletakkan di bahagian awal sekali, di dalam bahagian ‘Permulaan Wahyu’. Tidak dapat dikenalpasti apa sangkut pautnya niat dengan permulaan wahyu. Ulama berpendapat bahawa mungkin Imam Bukhari mahukan kita semua mengucikan niat kita semasa memulai membaca kitabnya. Niat orang berbeza beza. Mungkin ada membaca kitabnya untuk mencari ilmu. Dan ada juga agaknya untuk mencari salah. Ada orang sembahyang kerana ikhlas. Ada juga yang hanya ingin menunjuk-nunjuk. Jadi ini adalah ingatan yang paling baik, iaitu untuk mengikhlas segala amal perbuatan kita. Lebih lebih lagi dalam melakukan ibadah. Semasa mengadap Allah.

Walaupun perkara yang dikatakan di dalam hadith ini adalah berkenaan Hijrah, tetapi pemakaiannya boleh dipakai di setiap perkara. Hijrah itu adalah sebagai contoh yang digunakan oleh Rasullullah.

Ustaz Asri juga menyentuh tentang Hijrah kerana telah dimasukkan di dalam hadith ini. Hijrah masih lagi berlaku di zaman ini apabila ada keperluan. Contohnya apabila kita berhijrah dari negeri yang tidak aman ke negeri yang aman sedikit. Inilah yang dilakukan oleh 70 sahabat nabi apabila mereka berhijrah ke Habshah. Walaupun Habshah bukanlah negara Islam, tetapi kerana negerinya membenarnya agama lain juga dianuti, jadi perintah telah dikeluarkan oleh Allah. Tetapi Nabi tidak turut berhijrah kerana bukanlah tugas nabi mencari tempat yang selesa. Dan walaupun negara itu aman, tetapi Islam tidak akan dibenarkan untuk berkembang di sana.

Hanya apabila Yathrib/Madinah dibuka, barulah Rasul berhijrah ke sana. Dan ustaz asri juga menerangkan bahawa amatlah berat kepada orang Arab untuk berhijrah dari kampung halaman dan saudara mara mereka. Mereka amatlah taksub dengan kaum dan kabilah mereka. Amatlah payah sangat bagi mereka apabila mereka terpaksa mengangkat senjata menentang sahabat handai dan ada juga sanak saudara meraka yang musyrik. Sesungguhnya hijrah adalah amat berat pada mereka.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s