We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Bali – Day 3 December 11, 2010

Filed under: Travelling — visitor74 @ 9:05 am

Pagi pegi tempat beli barang barang souvenir. Kamilah yang awal sekali sampai sana. Tak banyak benda yang menarik sangat.

Lepas tu tourguide bawa pergi ke kilang kopi. Bali juga rupanya mengeluarkan kopi sendiri. Dah rasa tourguide ni saja jer bawa tempat tempat yang kami disajikan dengan item item untuk dibeli supaya dia dapat komisen. Takpelah. Dah bisnes dia macam tu. Kat sini juga ada diproses Kopi Luwak yang terkenal itu. Ini kopi yang musang makan, berakkan kopi tu dan diproses jadi kopi yang paling mahal di dunia. Dikatakan sedap sebab musang tu pandai. Dia hanya makan biji kopi yang bagus sahaja. Lepas dibasuh biji kopi akan dijemur selama setahun, baru digoreng. Tak sampai hati aku nak minum. Kalau lepas minum baru tahu, takpe.

Perjalanan diteruskan melawat kuil di Mengwi. Lama dah kuil ni. 500 tahun. Di Bali memang banyak kuil. Berjenis jenis. Mereka beragama hindu. Wali Songo tak sampai berdakwah kat sini. Jauh kot. Tapi hindunya tak nampak sama dengan dengan apa yang kita biasa. Banyak elemen animisme. Setiap hari, mereka akan meletakkan ‘canang’ sebagai offering kepada tuhan mereka, memohon perlindungan. Merata rata canang nih. Letak atas jalan jer. Banyak dah kot aku pijak.

Kami lunch dekat Tasik Candikuning. Makanan muslim. Kalau makan kat sini, takkan nak tanya betul ke tidak halalnya. Takkan nak check macam mana dia masak. So kita yakin jerlah yang makanannya halal. The view is nice. Tapi bila dah habis makan tu, hujan turun menderu deru dan kami terus gerak ke tempat seterusnya.

Satu yang susah jalan jalan kat negara yang bukan majoritinya Islam, tentang nak solat. Selalunya kena tunggu balik hotel. Takpun macam kat restoran tu, sebab besar sikit, bolehlah jugak solat sambil duduk.

Petang sampai malam kami melepak di Tanah Lot. Kat sini pun ada temple jugak. Tempat ramai pelancong datang. Penuh jugak tempat nih. Aku beli a few paintings over here.

Cuaca di Bali lebih kurang Malaysia cuma panas sikit. Berpeluh jer kat sini.

Malam makan seafood bakar kat tepi pantai. Superb.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s