We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Homosexuality in Quran September 30, 2010

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 10:00 pm

Kita semua tahu Lesbianism dan Homosex tu salah. Kaum nabi Luth kena laknat sebab itulah. Tapi apa hukuman dalam islam? Adakalah kena sula macam dalam cerita P. Ramlee ‘Sumpah Semerah Padi’? Aku pun tak tau sebenarnya apa hukuman. Dan sebelum ni pun pernahlah orang tanya aku apa pendapat islam pasal homosexuality. Aku memang kata tak boleh, tapi tak taulah plak ada spesific verses dalam Quran yang menyebut tentang bab nih.

Dan (terhadap) para wanita yang mengerjakan perbuatan keji*, hendaklah ada empat orang saksi di antara kamu (yang menyaksikannya). Kemudian apabila mereka telah memberi persaksian, maka kurunglah mereka (wanita-wanita itu) dalam rumah sampai mereka menemui ajalnya, atau sampai Allah memberi jalan yang lain kepadanya**.
*Perbuatan keji: menurut jumhur mufassirin yang dimaksud perbuatan keji ialah perbuatan zina, sedang menurut pendapat yang lain ialah segala perbuatan mesum seperti: zina, homoseks dan yang sejenisnya. Menurut pendapat Muslim dan Mujahid yang dimaksud dengan perbuatan keji ialah musahaqah (homoseks antara wanita dengan wanita).

**Menurut jumhur mufassirin jalan yang lain itu ialah dengan turunnya ayat 2 surat An Nuur.

Aku pun baru dapat tau sejak membaca Tafsir Al Azhar karangan Dr. Hamka yang memberikan dua pendapat tentang ayat ini. Satu, pendapat yang mengatakan bahawa ayat ini adalah ayat hukuman berzina tetapi telah dimansuhkan dengan ayat quran yang lain. Dan satu lagi pendapat adalah tentang perempuan yang melakukan lesbianism. Berzina sesama jenis perempuan.

dan ayat seterusnya:

Dan terhadap dua orang yang melakukan perbuatan keji di antara kamu, maka berilah hukuman kepada keduanya, kemudian jika keduanya bertaubat dan memperbaiki diri, maka biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Dan ayat ini pulak ulama bersetuju adalah hukuman yang dikenakan kepada lelaki yang berzina dengan lelaki lain. Hmm, teringat satu kes kat court sekarang melibatkan politician dan ‘pembuat’ kopinya. Apa apa lah.

Jadi di dalam Quran hanya menyatakan, jikalau didapati dua lelaki melakukan perbuatan homosexual, mereka hendaklah diberi hukuman, ataupun dalam translation yang lain, ‘disakiti’. Tapi tidak didetailkan apakah hukuman tersebut. Dan sepanjang hidup nabi, tiada kejadian homo berlaku. Jadi kita tidak mempunyai sunnah apakah hukuman yang perlu dikenakan.

Tetapi semasa zaman Saidina Abu Bakr, semasa Khalid al Walid menjadi jeneral, adalah pulak yang buat keje tu. Jadi Khalid telah menjatuhkan hukuman yang juga dipersetujui oleh Abu Bakr, iaitu hukuman dibakar mereka berdua! Mungkin langkah sebegitu diambil kerana mereka didalam peperangan. Jadi ruang untuk menjalankan hukuman itu terbuka kepada para hakim untuk menjatuhkan yang sesuai mengikut keadaan dan suasana.

Allahu a’lam. Begitulah yang dapat disharekan. I’m just excited for this new knowledge.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s