We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Saidina Yunus a.s. July 23, 2010

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 12:13 pm

Assalamualaikum,

Mungkin semua sudah tahu pasal ceritera Nabi Yunus yang telah dimasukkan oleh Allah ke dalam seekor ikan paus kerana baginda telah meninggalkan kaumnya yang teramat sengal dan tidak mahu mendengar dakwahnya. Tidak seperti nabi nabi yang lain, Nabi Yunus dah tak tahan dengan perangai kaumnya dan dia telah meninggalkan mereka tanpa izin Allah. Dia nak lari jauh dari mereka.

Oleh kerana kesalahan itu, dipendekkan cerita, baginda telah dimasukkan ke dalam ikan paus. Baginda berada di dalam tiga kegelapan. Kegelapan di dalam perut ikan paus itu, kegelapan lautan yang dalam dan kegelapan malam. Di dalam ikan inilah baginda telah memanjatkan doanya yang terkenal: “la ilaha illa anta, subhanaka, inni kuntu minal zhoolimeen“. Ada sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad, samada doa ini boleh digunakan oleh para muslim atau ianya dikhaskan kepada Nabi Yunus sahaja. Baginda menjawab bahawa doa ini boleh digunakan.

Itu dah biasa. Cuma bila aku mendengar kuliah berkenaan dengan cerita Nabi Yunus dan ikan paus itu, barulah aku sedar yang gambaran aku selama ini ada yang salah. Selalu dalam bayangan kepada aku, Nabi Yunus senang lenang jer kat dalam perut ikan tu. Memanglah gelam, tapi aku ingatkan bahawa dia macam rehat kat dalam tu. Rupanya sangkaanku jauh sekali….

Ikan paus kalau kita perasan, kalau dia makan, dia tak kunyah pun. Dia akan telan bulat-bulat. Jadi macam mana dia nak hadamkan makanan? Rupanya perut ikan paus mempunyai enzim atau asid yang amat kuat supaya makanannya boleh dihadamkan. Dan itulah yang diterima oleh Nabi Yunus. Amat azab sekali badannya menerima simbahan asid dan enzim yang gunanya nak menghancurkan makanan ikan paus. Sehinggakan apabila baginda akhirnya dikeluarkan oleh ikan ke darat, badannya tidak ada lagi kulit yang dapat menahan panahan environment di dunia. Allah telah mengarahkan pokok untuk melindunginya.

Itulah silapnya sangkaanku. Kalau tak dengar kuliah, macam manalah aku nak tau…. Tak taulah berapa lama Nabi Yunus kena tinggal di dalam perut ikan paus itu.

Baginda juga telah dikembalikan kepada umatnya. Dan umatnya telah beriman kepadanya dan Allah dengan ramai sekali. Dan ini juga ada anomaly kepada kaum yang tidak beriman kepada nabi. Sebab kalau sebelum itu, dan selepas itu, kalau ada kaum yang tidak beriman, mereka akan ditimpakan azab dan mereka akan dilupuskan dari muka bumi. Tapi tidak bagi kaum Nabi Yunus. Azab mereka sebenarnya telah sampai, tapi tergantung di langit dan tidak diturunkan, kerana nabi mereka telah meninggalkan mereka tanpa arahan dari Allah. Jadi mereka telah diselamatkan.

Sekian.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s