We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Kaum Nabi Luth June 19, 2010

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 10:08 am

Satu lagi nabi yg kita biasa dengar adalah nabi luth. Kalau orang tu dipanggil ‘kaum nabi Luth’, tu maknanya ada something wrong la tu.

Nabi Luth ni sepupu nabi Ibrahim. Semasa tiga malaikat datang untuk menghapuskan kaum nabi Luth, mereka singgah dulu ke rumah Nabi Ibrahim. Tujuannya adalah untuk memberikan khabar gembira kepada Nabi Ibrahim akan kelahiran Nabi Ishak kepadanya. Semasa mereka datang, Nabi Ibrahim sebagai seorang pemurah dan untuk melayan tetamunya telah menyembelih seekor sapi yang berkualiti. Tetapi malaikat malaikat tidak makan, jadi ianya telah menakutkan Nabi Ibrahim. Apabila melihat ketakutan Nabi Ibrahim itu, para malaikat memberitahu bahawa mereka dihantar untuk menemui penduduk kaum Nabi Luth.

apabila mereka sampai sahaja di perkampungan (tak pasti, pekan ke atau bandar atau berapa besar tempat kaum itu) Luth, yang pertama nampak mereka adalah anak perempuan Nabi Luth. Dia cepat cepat bagitau ayahnya yang bersegera untuk menemui mereka. Nabi Luth takut kalau orang lain yang nampak, maka tidak selamatlah malaikat bertiga itu. Agaknya mereka dalam rupa yang hensem la kot.

semasa mereka menuju ke rumah nabi Luth, Luth telah beberapa kali berkata, “aku tidak pernah melihat kaum yang lagi teruk dari kaum ini”. Tujuannya adalah supaya mereka bertiga meninggalkan tempat itu. Tapi dia tak sampai hati nak bagitau direct sebab sebagai tuan rumah, dia tak boleh cakap macam tu. Jadi Nabi Luth cuma boleh hint begitu sahaja. tapi para malaikat tidak berkata apa apa.

Satu perkara yang mengejutkan adalah isteri Nabi Luth sendiri yang memberitahu kepada kaumnya yang lain tentang kedatangan para pemuda pemuda itu. Tak taulah apa dia dapat dengan jadi informer tu. Bermakna dia bersekongkol dan bersetuju dengan cara hidup kaumnya itu. Oleh itu, maka ramailah yang berkampung di depan rumah nabi Luth sebab nak paksa dia serahkan ketiga tiga pemuda itu. Tapi Nabi Luth tidak berganjak. Tapi dia dalam keadaan yang susah kerana dia tidak mempunyai pembantu ataupun berada di dalam family yang dapat memberi perlindungan. Selepas Nabi Luth adalah Nabi Shuaib. Nabi Shuaib dilahirkan di dalam keluarga yang dapat memberi perlindungan kepadanya. Allah telah meletakkan Nabi Nabi selepas Nabi Luth untuk berada dalam keluarga yang noble. Seperti kita tau, Nabi Muhammad juga di dalam keluarga yang noble dan dihormati. Tapi Nabi Luth dan Nabi Ibrahim adalah sebatang kara. Tiada siapa yang dapat memberi perlindungan kepada mereka.

The rest is history. Kita pun dah ramai yang tau apa yang malaikat malaikat itu lakukan. Azab yang dikenakan kepada kaum Nabi Luth adalah azab yang paling teruk sekali. Tidak pernah dikenakan kepada umat umat sebelumnya dan mungkin umat umat selepasnya.

Teringat sorang kenalan aku masa kerja Celcom dulu yang memang ada tendency ke arah kaum nih. Aku tanya jugak dia sejak bila dia jadi gay. Kot kot ada turning point dalam life dia yg menjadikan dia begitu. Dia kata: “masa aku sperma” lagi. Hampeh. Kononnya dia dah ditakdirkan dari sebelum lahir lagi untuk jadi macam tu.
Tapi kalau mengikut quran dalam menceritakan tentang aktiviti sumbang kaum nabi luth ini, quran mengatakan bahawa apa yang mereka lakukan adalah perkara barubyang tidak pernah dibuat orang sebelum ini. Jadi merekalah yang invent homosexuality. Ianya bukan natural sebab kalau natural dah ada orang lain buat. Jadi alasan orang yang kata apa yang mereka buat adalah natural, adalah tidak benar sama sekali. Tu semua alasan jer tu. Nak menyedapkan hati sendiri.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s