We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

nabi Saleh dan untanya June 10, 2010

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 12:34 pm

Kaum nabi saleh telah diberi ruang untuk memilih mukjizat apakah yang mereka nak lihat. Satu satunya umay Manusia yg diberi peluang sebegini.

Jadi mereka telah meminta nabi saleh untuk mengeluarkan seekor unta daripada batu untuk membuktikan kenabiannya.

Allah telah memperkenankan permintaan mereka dan seekor unta yang amat besar telah dikeluarkan. Ini adalah amat mudah kepada Allah. Apalah sangat nak menjadikan sesuatu daripada sesuatu yang lain sedangkan Allah boleh menjadikan sesuatu daripada tiada kepada ada. Kun fayakun.

Satu syarat dikenakan kepada kaum nabi saleh adalah mereka tidak boleh mengganggu unta tersebut dan mereka mestilah berkongsi kawasan air mereka. Ataupun mungkin telaga. Satu hari untuk Manusia dan Satu hari untuk unta berselang seli.

Tetapi kaumnya tidak puas hati juga walaupun mukjizat telah ditunjukkan. Terdapat komplot untu membunuh unta itu. Sembilan orang daripada kaumnya yang paling jahat telah merancang pembunuhan itu.

Apabila tiba masa untuk menjalankan komplot mereka itu, kebanyakan mereka ketakutan. Mungkin kerana unta itu amat besar. Tetapi seorang yang paling jahat antara Sembilan orang itu telah menikam dan menjatuhkan unta itu dan yang lain menyambung untuk membunuhnya.

Selepas itu mereka telah mengejek nabi saleh untuk mendatangkan bala yang telah dijanjikan oleh Allah. Nabi saleh telah memberikan masa selama tiga hari untuk mereka bergembira sebelum azab akan turun.

Selepas tiga hari maka datanglah azab itu. Kaumnya tinggal di dalam rumah yang dibuat dari batu batu Bukit dan gunung. Jadi mereka tidak takutkan ancaman puting beliung dan gempa bumi.

Oleh itu Allah telah memberikan Satu azab di mana mereka telah dibunuh dgn Satu suara yang amat nyaring yang menyebabkan mereka kematian selepas itu.

Semua kaumnya telah dibunuh. Padahal yang menjalankan komplot pembunuhan itu hanyalah Sembilan orang sahaja. Kenapa?

Kerana kaumnya tahu tentang komplot itu tetapi mereka tidak berbuat apa apa. Mereka membiarkan perkara itu dijalankan oleh orang orang jahat itu.
Oleh itu, pengajarannya adalah kita perlulah menegah daripada perbuatan munkar dijalankan. Kita tidak boleh berselindung dengan alasan yang kita tidak boleh dipersalahkan kerana tidak melakukan perbuatan keji tetapi kita telah membiarkan perbuatan terkeji berleluasa.

Teringat kata Edmund Burke: The only thing necessary for the triumph of evil is for good people to do nothing.

Sekian.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s