We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

kerja malam malam April 25, 2010

Filed under: Monolog — visitor74 @ 12:21 pm

Multi level Marketing atau pendeknya MLM dan sesetengah panggil kerja malam malam sebab selalu perjumpaan buat malam hari dah lama ada dah. Aku start berkecimpung dari lepas Sekolah lagi. Ada kot sepuluh jenis MLM aku joined. Memula sekali Zhulian. Masa tu dia jual barang kemas jer lagi. Sekarang dah macam macam ada. Macam iklan Astro.

Ni semua joined sebab nak kaya cepat. Selalunya orang yang ajak kita adalah mereka yg dah berjaya. Jadi kita akan termakan dengan pujukan mereka. And i believed In The Power of netwoking. Macam boleh buat jer.

Tapi aku memang tak reti nak ajak orang masuk. Tak reti nak ajak orang lain makan, lepas tu cerita pasal Product dan Marketing System. Tak reti nak kenakan orang. Tak reti nak buat muka seposen. Tak suka hilang kawan sebab dia dah takut nak jumpa kita sebab kalau jumpa, kita nak cerita pasal Product jer. So aku dah tak buat MLM dah. Dah lama tinggalkan. Bukan aku ada masa pun dah.

Tapi ada Product yg aku still pakai lagi. Seban Product tu bagus. Macam Melilea. Bagus tu. Kalau aku promote pun, bukan sebab nak ajak dia join jadi ahli. Tapi untuk makan. Tak payah jadi member pun. Pakai Account aku jer. Aku bukan dapat apa pun.

Tapi ada jugak sedara dekat dekat aku yang masih join lagi. Masih mengharap MLM boleh berjaya. Dan tidak dinafikan ada yg boleh cari makan dgn MLM. Makcik aku contohnya. Buat MLM jer. Hidup dlm MLM. Senang jugak nampak hidupnya.

Tapi kalau nak masuk, memang kena buat dgn sungguh sungguh dan bukan half heartedly. Sebab sekarang bukan style dulu. Sekarang Trend kena laburkan banyak duit sekali. Sampai pinjam Bank. Ini supaya semua cepat naik. Kalau dah banyak duit keluar dan bulan bulan kena bayar Bank, patutnya semangat nak menjayakan MLM kenalah kuat. Jangan main main.

Tapi tak semua berjaya. Ada yg terlungkup dan mereka kena tanggung hutang Bank yang banyak. A few of those ada yang rapat dengan aku.

Aku kata orang: there’s a sucker born everyday.

Be careful.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s