We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

isteri isteri Nabi December 1, 2009

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 1:02 am

alhamdulilah dah selesai pengajian AL fatihah dgn Sheikh Jamal zarabozo. banyak ilmu berkenaan surah yang dibaca tiap tiap hari itu. will post The notes when got the time.

sekarang going through series about isteri isteri Nabi. mungkin ramai yang aku dah biasa dengar macam Khadijag dan Aishah tapi isteri nabi ada Sembilan orang semuanya. jadi ramai lagi yang tidak dikenali.

menarik utk aku sebab pertamanya ini adalah sebahagian dari sirah nabi. perjalanan hidup baginda yang teringin aku nak mengetahui sedalam dalamnya. tentang bagaimana baginda melayan isteri isteri baginda. selama ini tahu sedikit sebanyak jer.

Siti khadijah (orang Melayu jer rupanya dok tambah Siti belakang nama wanita wanita penting dalam islam macam Siti Mariam, Siti Fatimah, siti Hajar dan lain lain. bukan ada dalam IC mereka pun. tapi sebagai rasa hormat dan segan pulak kita nak panggil mereka yang mulia itu dengan panggilan nama sahaja, jadi ditambah Siti di awal nama mereka. macam kitalah kan, takkan nak panggil mak dan ayah kita dengan nama sahaja kan?).

Siti khadijah berumur 15 tahun lebih dahulu dari nabi. dizamannya, beliau adalah idaman ramai lelaki. ramainyang telah menghulurkan pinangan kepada beliau tetapi ditolaknya.

Siti khadijah telah mempunyaindua orang suami sebelum baginda nabi. beliau tertarik dengan perwatakan nabi semasa baginda bekerja menjualkan barangan beliau ke Shams. kalau dahulu sebelum nabi, asyik kena tipu jer. mungkin sebab dia perempuan, ramai yang mengambil kesempatan. tapi bila nabi yang membawa barangan Perniagaan tersebut, beliau dapati untung yang didapati adalah lebih dari yang lain.

kita pun tahu Khadijah yang meminang baginda. nama wanita yang meminang baginda adalah Nafisah. interesting for me sebab One of My customer nama nafisah. barulah tahu nafisah itu diambil dari mana. nanti jumpa dia boleh tanya dia tahu tak siapa namesake dia. He He.

khadijah mempunyai segala sifat yang penting seorang isteri. beliau cantik, mempunyai harta dan dari keturunan yang baik. walaupun beliau bukan lagi beragama islam, tapi beliau tidak menyambah berhala. kira orang beragama la tu.

apabila rasulullah menjadi nabi, beliaulah yang memberi sokongan dan yang pertama mempercayai baginda.

tidak banyak sebenarnya sejarah lain yang diketahui berkenaan dengan khadijah. sikit sikit sahaja. tetapi kepentingan beliau adalah amat tinggi sekali. beliaulah sorang sorangnya yang mendapat salam dari Allah yang disampaikan orang saidina Jibrail apabila beliau melawat nabi. hebat tu.

tidak disebut apakah yang menyebabkan Siti khadijah meninggal dunia. tetapi tahun beliau meninggal dunia adalah juga tahun Abu Talib pun meninggal juga. jadi ianya adalah tahun yang amat menyayat hati baginda nabi. hinggakan ianya dipanggil ‘tahun kesedihan’.

antara mereka yang diberi didikan oleh tangannya adalah Siti Fatimah, Zaid ibn Harithah dan juga saidina Ali. jadi kita boleh bagaimanakah didikan beliau sebagai seorang ibu.

selepas peninggalan beliau, baginda nabi tidak terus berkahwin yang lain kerana hatinya masih lagi sayangkan Siti khadijah. Siti Aishah tidak cemburukan isteri isteri baginda yang lain kecuali khadijah. Aishah tahu bagaimana sayangnya baginda kepada khadijah. setiap hari akan disebutnya kebaikan khajidah. selalu baginda memberi makanan kepada kawan kawan Siti khadijah sebab sayangnya baginda kepada beliau.

tetapi nabi berkahwin juga dengan isteri beliau yang kedua yang akan saya nukilkan tidak lama lagi.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s