We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Tafsir Surah Fatihah: Jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat January 2, 2016

Filed under: Tafsir — visitor74 @ 5:25 pm

Fatihah – Jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka:

Sekarang kita masuk kepada ayat yang baru. Lihatlah lafaz ayat ini macam kita sedang bercakap dengan Allah. Nanti kita akan lihat bagaimana apabila disebut tentang mereka ‘yang dimurkai’ dalam ayat seterusnya, ianya adalah dalam bentuk ayat pasif dan apabila menyebut tentang mereka ‘yang sesat’, ianya adalah dalam bentuk ayat aktif. Semua itu memberi pemahaman yang berbeza.

Ayat ini menjelaskan lagi apakah ‘jalan lurus’ itu supaya tidak ada yang salahguna dan mendakwa jalan merekalah yang lurus, padahal bukan pun. Memang ramai dalam dunia Islam yang kata merekalah jalan yang lurus. Jadi bagaimana kita nak tahu siapakah yang berada atas jalan yang lurus itu? Allah mengajar dalam ayat ini untuk membandingkan jalan yang hendak dilalui itu dengan cara orang-orang dulu – jalan salafussoleh. Kerana mereka yang telah lalui jalan itu dan mereka telah mendapat pujian dari Allah.

Kalau kita lihat, ayat ini tidak memberitahu yang ‘jalan yang lurus’ itu adalah ‘Jalan Quran dan Sunnah’. Kenapa tidak begitu? Bukankah kalau kita berpegang kepada Quran dan Sunnah, kita akan selamat? Memang benar, kalau kata hanya ‘Qur’an dan sunnah’, mungkin ada yang salah faham. Mungkin ada yang buat jalan sendiri dan kata mereka ikut Quran dan Sunnah Nabi. Berapa banyak yang sudah mendakwa begitu dengan memetik ayat-ayat Quran dan hadis-hadis tapi mereka sebenarnya jauh dari jalan yang lurus? Mereka itu tidak berada atas jalan yang lurus kerana mereka faham Quran dan Sunnah dengan cara mereka sendiri. Padahal kita sepatutnya mengikut jalan yang telah dilalui oleh golongan Salafussoleh – mereka yang berada dalam tiga kurus yang pertama selepas kebangkitan Islam. Mereka yang belajar sendiri dengan Nabi Muhammad, dan mereka rapat dengan mereka. Sahabat belajar dengan Nabi, Tabein belajar dengan para sahabat dan Tabi’ Tabein belajar dengan Tabein. Maka, mereka lebih faham agama dari kita. Maka kita kenalah periksa samada amalan kita sama dengan cara yang mereka amalkan. Kerana ada yang buat cara sendiri tapi mendakwa mereka ikut Qur’an. Tapi mereka buang sunnah dan faham Qur’an dengan cara mereka sendiri. Ini adalah salah sama sekali dan ramai yang telah tertipu dengan mereka. Lihatlah bagaimana ada puak yang hanya berpegang dengan Quran tanpa berpegang dengan Hadis – golongan Anti-Hadis; lihatlah bagaimana Syiah kata mereka juga berpegang dengan Quran dan Hadis, tapi mereka tafsir ayat Quran ikut pemahaman mereka yang sesat dan mereka pilih dan reka hadis supaya kena dengan kehendak mereka.

Ingatlah bahawa yang kita hendak, bukan nak buat jalan yang baru. Jalan itu telah lama ada dan telah dilalui oleh mereka-mereka yang sebelum kita. Maka apabila kita baca ayat ini dalam doa kita, kita sebenarnya minta Allah tunjuk apakah jalan itu. Kerana kita hendak capai jalan yang lurus itu dengan cara yang benar. Kita nak ikut cara mereka yang diberi ‘nikmat’. Bukan jalan yang salah dan sesat.

Apabila kita selalu membaca ayat ini, sepatutnya kita kena tertanya-tanya, siapakah ‘mereka’ yang dimaksudkan? Allah dah beritahu yang kita ada contoh untuk kita ikut, takkan kita taknak tahu siapakah mereka? Kalau kita tidak teringin nak ikut cara mereka, maknanya kita tidak jujur dengan diri kita sendiri. Dan kalau nak ikut mereka, kenalah kita tahu siapa mereka, bukan? Macam dalam dunia sekarang, sebagai contoh, kalau ada artis yang disukai, tentu manusia akan cari macam-macam maklumat tentang artis pujaan mereka itu. nota: ini bukan suruh cari maklumat tentang artis, kerana itu adalah kerja bodoh dan buang masa sahaja. Cuma dijadikan sebagai contoh supaya lebih faham.

Kita nak tahu apakah sifat-sifat mereka yang Allah maksudkan dan apakah yang menyebabkan mereka berada di atas jalan yang lurus. Kerana apabila kita sudah tahu sifat-sifat mereka, kita bolehlah cuba ikut sifat-sifat itu, bukan?

Untuk mengetahui siapakah mereka dan sifat-sifat mereka, cara pertama adalah kita tengok dalam Qur’an apakah yang Allah telah beritahu kita tentang mereka. Ini adalah tafsir Qur’an dengan Qur’an. Satu ayat dijelaskan dalam ayat-ayat lain. Inilah tafsir yang paling utama. Ulama tafsir akan mencari penjelasan ayat-ayat Qur’an pada ayat-ayat Qur’an yang lain dahulu. Kalau tidak jumpa, baru dicari maksudnya dengan bersandarkan kepada Hadis yang sahih. Kerana kita kena terima mana-mana ayat Qur’an dengan pemahaman dalam ayat lain. Kalau kita jumpa ayat yang nampak berlawanan dengan ayat-ayat lain, maka ketahuilah yang pemahaman kita salah kerana Qur’an tidak akan berlawanan antara satu sama lain.

Dalam ayat Nisa:69 ada disebut tentang mereka yang telah diberi nikmat. Allah memberitahu siapakah mereka dan di dalam ayat itu juga telah diterangkan sekali apakah jalan yang lurus.

وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسولَ فَأُولٰئِكَ مَعَ الَّذينَ أَنعَمَ اللَّهُ عَلَيهِم مِنَ النَّبِيّينَ وَالصِّدّيقينَ وَالشُّهَداءِ وَالصّالِحينَ ۚ وَحَسُنَ أُولٰئِكَ رَفيقًا

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

Dalam ayat ini, Allah memberitahu yang jalan yang lurus itu adalah ‘Taat kepada Allah’ dan ‘Taat kepada Rasul’. Inilah kunci pemahaman kepada jalan yang lurus. Taat kepada Allah adalah taat kepada Quran dan taat kepada Rasul merujuk kepada Sunnah Nabi. Untuk mencapainya, hendaklah belajar tafsir Quran untuk taat kepada Allah dan belajar syarah Hadis untuk taat kepada Rasul. Kerana kalau kita tidak belajar, bagaimana kita nak tahu apa yang kita perlu taati, bukan? Tapi ramai yang mengaku taat kepada Allah dan Rasul tapi tak belajar pun apa benda yang mereka kena taat.

Di hujung ayat itu, Allah memberitahu bahawa merekalah yang sepatutnya kita jadikan sebagai ikutan kita, bukannya artis, ahli sukan atau pemimpin politik di dunia. Ini penting kerana manusia memang akan ada ikutan atau idola mereka. Ingatlah bahawa Nabi pernah bersabda bahawa kita akan dibangkitkan dengan orang yang kita cintai. Adakah kita hendak dibangkitkan bersama dengan golongan dalam surah an-Nisa ini atau bersama dengan artis, ahli sukan dan pemimpin politik?

 

Siapakah yang telah diberi nikmat itu?

Selepas membeitahu definisi ‘Jalan yang Lurus’, Allah menyenaraikan siapakah orang yang telah diberi nikmat. Ada empat golongan yang disebut: Para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solehin.

Kita kena kenal mereka dan kena tahu apakah sifat mereka? Banyaklah yang telah disebut dalam Quran dan hadis-hadis tentang mereka. Secara ringkasnya, para Nabi itu berdakwah kepada ayat-ayat Allah. Mereka sanggup berkorban dalam usaha mereka dan tidak putus asa dalam menyampaikan dakwah. Kita pun kena jadi mcam mereka juga kerana yang kita nak ikut adalah cara Nabi. Sebagai contoh, kita kan ikut cara Nabi Ibrahim. Seperti yang Allah sebut dalam An’am: 161

قُلْ إِنَّنِي هَدَانِي رَبِّي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ دِينًا قِيَمًا مِّلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik”.

Bukan Nabi Ibrahim sahaja, tetapi kita kena ikut cara nabi-nabi yang lain, terutama sekali cara Nabi Muhammad kerana kita ikut syariat baginda. Nabi Muhammad pernah bersabda yang kalau Nabi Musa masih hidup lagi, Nabi Musa pun kena ikut syariat baginda. Kita tidak boleh ikut syariat Nabi lain tetapi akidah mereka kita kena ikut, begitu juga dengan akhlak mereka dan banyak lagi yang kita boleh contohi dari mereka.

Siapakah yang dimaksudkan dengan para Siddiqin? Mereka itu percaya sungguh dengan Allah dan Nabi. Mereka tidak berganjak dari pegangan mereka walaupun diuji. Sebagai contoh, lihatlah Abu Bakr. Ada musyrikin yang datang kepada beliau dan mengejek yang Muhammad kata baginda sudah mi’raj ke langit, dan tanpa ragu, beliau terima kalau Nabi kata begitu. Mereka datang nak lemahkan pegangan Abu Bakr, nak dia rasa sangsi kepada Nabi, tapi tidak.

Mereka juga sanggup berkorban apa sahaja atas nama Allah. Kerana kalau pendirian kita tetap, kita akan sanggup korbankan segalanya termasuk nyawa sendiri. Kerana dia percaya akhirat itu benar. Apa-apa sahaja yang dia korbankan, dia yakin yang dia akan dapat balik dengan lebih banyak di akhirat nanti. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menyerahkan segala hartanya atas jalan Allah. Apabila ditanya apa yang tinggal untuk dirinya, dia jawap: Allah dan Rasul!

Syuhada’ adalah mereka yang mati syahid. Mereka itu beruntung kerana Allah pilih mereka. Ramai yang mahu mati syahid, tapi tidak semua dapat. Mereka juga sanggup berkorban, sampaikan mereka sanggup berkorban nyawa mereka sekali pun.

Mereka yang soleh pula adalah mereka yang taat dan sentiasa meletakkan Allah di atas dalam kehidupan mereka.

Kalau dah tahu apakah sifat mereka, sanggupkah kita ikut? Kalau tidak mampu, sekurangnya kena ada niat. Kerana kita mungkin tidak berkorban macam mereka, tapi dalam hati kita, kena ada niat untuk cuba dan kita lakukan sedikit sebanyak. Allah telah beri rahmat kepada kita, kita mungkin tidak perlu melalui apa yang para Nabi Nabi itu lalui. Sebagai contoh, kita tidak perlu sampai sembelih anak kita sendiri seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim. Kita juga tidak dalam suasana perang sekarang, jadi tidak perlu berperang dan mungkin pada sesetengah orang, tidak ada peluang untuk berperang. Kerana untuk berperang dan berjihad, kena ada syarat-syaratnya. Bukan boleh terus sahaja bunuh orang kafir. Ramai yang mempunyai fahaman salah tentang Jihad, sampaikan mereka pergi ke tempat-tempat awam orang kafir dan bom mereka. Padahal yang sepatutnya dilakukan adalah dakwah kepada mereka, bukan bom terus. Adakah patut, mereka belum tahu tentang Islam lagi, tapi kita terus bom mereka?!

Jadi, orang-orang yang diberi nikmat itu telah diberitahu oleh Allah dalam surah an-Nisa. Itu adalah tafsir pertama. Tafsir kedua, ia adalah bermaksud ‘orang mukmin’. Iaitu merujuk kepada Nabi Muhammad dan yang bersama baginda. Dan orang mukmin itu bukan hanya pada zaman itu sahaja, ianya akan ada pada setiap zaman. Maka, kita kena cari siapakah mereka dan kita kena bersama dengan mereka mengamalkan Islam ini.

CD 20

Seperti yang kita sudah beritahu, jalan yang lurus itu sudah dilalui oleh golongan-golongan sebelum kita. Sudah ramai orang yang lalui jalan itu, maknanya, kita ada golongan yang boleh kita ikut mereka. Apabila dikatakan kita kena ikut mereka, maknanya, bukan kita faham agama ini ikut faham kita sendiri sahaja. Sebab itu apabila kita memperkatakan tentang ‘jalan yang lurus’, kita tidak hanya ianya jalan Qur’an dan sunnah sahaja. Kena ditambah, jalan Quran dan Sunnah seperti yang difahami oleh golongan sebelum kita – golongan salafussoleh. Kerana mereka telah melaluinya dan Allah telah kata mereka yang telah mendapat nikmat.

Sebagai contoh, untuk faham apa yang hendak disampaikan dalam Qur’an, kita kena belajar. Tak boleh baca dan faham sendiri.

Tiga golongan (siddiqin, syuhada’ dan solehin) yang disebut dalam surah an-Nas sebelum ini akan sentiasa ada sampai kiamat. Hanya Nabi sahaja yang tidak akan sesiapa yang boleh jadi lagi. Apabila ada yang telah mati, Allah akan ganti dengan orang lain. Kecuali para Nabi sahaja, kerana Nabi terakhir adalah Nabi Muhammad. Tetapi para siddiqin, syuhada’ dan solehin akan sentiasa sahaja ada di setiap zaman. Maka kita kena cari mereka dan bergaul dengan mereka, belajar dengan mereka. Tiga golongan itu pasti ada kerana Allah takkan bagi Qur’an dan tidak beri guru untuk mengajarnya. Kerana Allah mahu kita faham Qur’an. Kalau dulu, Nabi yang ajar para sahabat. Kemudian para sahabat ajar para tabein. Dan tabein ajar golongan tabi’ tabein dan seterusnya zaman berzaman. Sekarang, kita lihat belajar apa kata ulama. Dan kena lihat bagaimana diamalkan oleh golongan-golongan itu. Memang mereka itu tidaklah jelas kelihatan kerana mereka bukannya para selebriti, jadi kena buka mata dan cari mereka.

Jadi, kena belajar dengan mereka. Kerana kita takkan faham sendiri. Cuma kena pandai cari guru. Kena pandai nilai manakah guru yang ajar dengan benar. Kita kena kritis dalam perkara ini. Jangan pakai terima sahaja. Kerana banyak ajaran sesat sekarang. Mereka juga mengaku mereka bawa ajaran Qur’an dan Sunnah. Tapi entah berapa banyak yang mengaku, tapi dalam masa yang sama, mereka merosakkan agama dan manusia. Sekarang ini banyak yang mengaku dan mendakwa yang mereka berada di atas jalan yang lurus. Bagaimana kita nak tahu mana satu? Ayat ini beri jawapan, iaitu kena ikut golongan yang telah disebut.

Dalam hadis, Nabi ada sebut untuk ikut sunnah baginda dan sunnah Khalifah Rasyidin al Mahdiyyin.

فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ…

“…berpeganglah kamu dengan sekalian dengan sunnahku dan sunnah Khalifah al-Rasyidin yang berada di atas petunjuk…” Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani

الرَّاشِدِينَ adalah mereka yang tahu apakah kebenaran itu dan ikut amalkan kebenaran itu. Ini penting kerana ada yang tahu apakah kebenaran tapi mereka tak ikut. الْمَهْدِيِّينَ pula bermaksud mereka yang terpimpin, lawan kepada ضلل (sesat). Dua-dua sifat ini adalah lawan kepada dua sifat yang juga disebut dalam surah Fatihah – yang dimurkai dan sesat. غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ. Lafaz الرَّاشِدِينَ lawan kepada الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ dan الْمَهْدِيِّينَ lawan kepada الضَّالِّينَ. Kita akan belajar tentang dua golongan ini nanti dalam ayat yang seterusnya.

Siapakah mereka? Ramai yang kata mereka yang dimaksudkan adalah empat orang Khalifah selepas Nabi Muhammad sahaja – Saidina Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali. Ini mungkin tidak berapa tepat. Makna yang lebih luas adalah, mereka itu adalah umat yang selepas Nabi dan mengikut jalan Nabi. Ini memberi makna yang lebih luas. Sahabat menjadi contoh kita, jadi kena lihat bagaimana mereka amalkan agama. Kena ada usaha untuk cari maklumat. Yang penting, kita kena ada niat untuk mengikut mereka. Kalau kita sudah ada niat yang murni, tentu kita akan berusaha untuk mencari maklumat bagaimana mereka mengamalkan agama. Kalau kita sudah melakukan yang terbaik, sudah berusaha setakat yang kita mampu, kalau kita tersilap, mungkin Allah ampunkan kerana kita bukannya tidak ada usaha, cuma tersilap sahaja.

Ayat ini berbunyi: Jalan orang yang telah ‘Engkau’ beri nikmat kepada mereka. Dalam ayat ini, kita diingatkan bahawa Allah lah yang beri nikmat itu kepada mereka. Kita diingatkan yang segala nikmat, datang dari Allah.

Apabila kita tahu yang nikmat itu dari Allah, maka apabila kita baca ayat ini, kita berdoa kepada Allah supaya sebagaimana Allah telah beri nikmat itu kepada mereka, maka berilah juga kepada kita, nikmat yang sama. Inilah harapan kita semasa membaca ayat ini dalam solat dan bila-bila masa sahaja. Kerana Allah dah beri kepada orang sebelum, maka kita nak sama juga. Bukan kita minta lebih pun, tapi yang Allah dah pernah beri pun. Kena ingat yang Allah sendiri ajar kita baca doa ini. Maka kita kenalah gunakan cara doa yang Allah sudah ajar ini. Tidak sama kalau kita menyebut doa ini dalam kita faham apa kita cakap dengan tidak faham. Apabila kita faham, ianya lebih menusuk ke dalam kalbu.

Kalau kita memang telah berada atas jalan yang benar, maka kita diingatkan bahawa Allahlah yang meletakkan kita di jalan itu. Tentunya, sedikit sebanyak kita sudah mula berada di atas jalan yang lurus kerana kita sudah Muslim, bukan? Dan oleh kerana itu, kita kena bersyukur kepada Allah kerana telah meletakkan kita di atas jalan yang lurus ini. Maka apabila kita bangkit pada rakaat kedua dan baca semua surah Fatihah, maka perkataan ‘alhamdulillah’ itu lebih bermakna buat kita.

Kalau Allah suruh kita ikut jalan itu, tentu itu jalan mereka yang selamat dan sukses. Jadi kita nak jalan macam tu. Kita mahu selamat dan kerana itu kita hendak sesangat Allah letakkan kita di atas jalan itu.

Jadi, jangan pilih jalan yang lain. Jangan ikut mereka yang tidak ikut jalan yang lurus ini. Kita mahu berada atas jalan yang telah dilalui oleh salafussoleh, walaupun sedikit yang ikut. Dari nas yang ada, kita pun tahu bahawa tak ramai yang akan ikut jalan itu. Maka jangan takut dan lemah semangat kalau kita tengok tidak ramai yang mengikuti jalan itu. Memang itu janji Allah. Jangan takut jadi asing. Kena cari lagi mereka mahu berada di yang di jalan yang sama.

sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Allah berfirman: “Wahai Adam!” maka ia menjawab: “Labbaik wa sa’daik” kemudian Allah berfirman: “Keluarkanlah dari keturunanmu delegasi neraka!” maka Adam bertanya: “Ya Rabb, apakah itu delegasi neraka?” Allah berfirman: “Dari setiap 1000 orang, 999 di neraka dan hanya 1 orang yang masuk syurga.” Maka ketika itu para sahabat yang mendengar bergemuruh membicarakan hal tersebut. Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah siapakah di antara kami yang menjadi satu orang tersebut?” Maka beliau bersabda: “Bergembiralah, karena kalian berada di dalam dua umat, tidaklah umat tersebut berbaur dengan umat yang lain melainkan akan memperbanyaknya, yaitu Ya’juj dan Ma’juj. Pada lafaz yang lain: “Dan tidaklah posisi kalian di antara manusia melainkan seperti rambut putih di kulit sapi yang hitam, atau seperti rambut hitam di kulit sapi yang putih.” (HR. Bukhari dan Muslim)

 

Apakah ‘nikmat’ itu?

Apakah makna ‘nikmat’ itu. Kalau dikatakan ‘nikmat’, tentulah banyak nikmat yang boleh disebut. Antaranya nikmat kekayaan, nikmat kesihatan, kesenangan, pangkat dan sebagainya. Itu semua nikmat juga. Tapi yang dimaksudkan dalam ayat dari surah Fatihah ini adalah Nikmat yang sebenar. Nikmat yang sebenar bukanlah kehidupan yang senang, kerana bukan itu yang diberi kepada empat golongan yang disambut sebelum ini. Kita pun tahu, bahawa kebanyakan Nabi hidup dalam kemiskinan. Lihatlah kisah Umar melawat Nabi dan nampak baginda tidur atas tukar. Nabi tidakkah kamu suka, yang mereka itu dapat dunia tapi kita dapat akhirat?

Pada suatu hari Umar bin Khatab R.A. memasuki rumah Rasulullah S.A.W. dan melihat Rasulullah S.A.W. tidur di lantai, tidak ada alas antara Rasulullah dengan lantai. Bayangkanlah Rasulullah S.A.W., makhluk Allah yang paling mulia tidur di lantai.

Ketika Umar bin Khatab R.A. melihat ini, dia mulai menangis. Rasulullah S.A.W. melihatnya dan bersabda “Wahai Umar, kenapa kau menangis?”

Umar berkata “Wahai Rasulullah, aku melihat keadaanmu, kemudian aku ingat bahwa Kaisar Romawi dan Persia tidur di atas bantal sutra yang nyaman. Sedangkan engkau adalah seorang Rasul dan utusan Allah! Manusia terbaik di muka bumi, namun engkau tidur di lantai dan tidak ada alas antara tubuhmu dengan lantai.”

Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Umar bin Khatab. “Wahai Umar, tidakkah kau menerima bahwa kaisar yang baru saja kau sebutkan, tidakkah kau menerima bahwa Allah memberikan mereka dunia, sedangkan Allah memberikan kita surga? Surga yang dibuat-Nya sendiri dan disiapkan untuk orang-orang mukmin!”

Jadi, kita bukan nak kejar nikmat kesenangan hidup di dunia. Kerana itu bukan nikmat yang sebenar. Nikmat sebenar adalah iman dan agama. Allah telah berfirman:

Berkata Allah ta’ala:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا (٣)

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu Jadi agama bagimu.” (Al-Maaidah: 3)

Lihatlah bagaimana lafaz نِعْمَتِي (nikmatKu) itu dinisbahkan kepada agama. Maknanya, nikmat yang kita hendak adalah dalam hal agama. Kerana kalau agama kita sempurna dan baik, kita akan mendapat nikmat yang lebih besar lagi. Kalau akhirat kita anggap lebih penting dari kehidupan di dunia, maka apa yang terjadi kepada kita dalam dunia, kita akan redha. Kerana kita tahu yang nikmat yang sempurna bukannya di dunia, tapi di syurga nanti. Kita juga tahu bahawa dunia ini penuh dengan ujian dan kesusahan yang kita hadapi adalah salah satu dari ujian yang Allah berikan kepada kita, supaya Dia boleh balas dengan kebaikan di akhirat kelak kerana kita telah melepasi ujianNya. Oleh itu, kita kena tahu tujuan hidup kita di dunia ini. Bukannya bersenang lenang mencari kesenangan dalam kehidupan.

Memang kita mengharap nikmat yang di akhirat nanti. Tapi bukanlah nikmat itu hanya dapat di akhirat sahaja. Di dunia pun dah boleh dapat. Seperti yang Allah telah firmankan dalam Nahl:97.

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.

Kehidupan baik حَيَاةً طَيِّبَةً yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah kehidupan di dunia. Tapi bukanlah ia bermaksud harta banyak dan sebagainya, tapi Allah beri ketenangan, kepuasan, kesukaan dengan apa yang mereka ada. Kalau kita puas walau dengan harta yang sedikit, itu sudah kekayaan yang banyak. Sebab manusia selalunya tidak puas. Kalau ada orang yang ada sejuta Ringgit, mereka mahu dua juta. Yang ada satu billion, nak dua billion pula. Kerana mereka takkan puas dengan apa yang ada. Maknanya, mereka tidak mendapat nikmat yang dimaksudkan dalam ayat surah Fatihah ini.

Lihatlah juga kata ulama yang besar, Ibn Taimiyyah. Ibn Taimiyyah kata ada syurga di dunia dan tidak akan memasuki syurga akhirat jikalau tidak masuk syurga dunia dahulu.

“Di dunia itu terdapat syurga. Barangsiapa yang tidak memasukinya, maka dia tidak akan memperoleh syurga akhirat.”

(Al-Wabilus Shayyib minal kalimit Thayyib, hal. 81)

Ibnul Qayyim (anak murid utama Ibn Taimiyyah) menjelaskan bahawa syurga dunia adalah:

  • mencintai Allah,
  • mengenal Allah,
  • senantiasa mengingat-Nya,
  • merasa tenang dan thuma’ninah ketika bermunajat pada-Nya,
  • menjadikan kecintaan hakiki hanya untuk-Nya,
  • memiliki rasa takut dan rasa harap kepada-Nya,
  • senantiasa bertawakkal pada-Nya dan
  • menyerahkan segala urusan hanya pada-Nya.

(Shahih Al Wabilush Shoyyib, Dar Ibnul Jauziy)

Ibn Qayyim belajar dan mendampingi Ibn Taimiyyah selama 16 tahun. Beliau wafatnya di dalam penjara Qal`ah Dimasyq disaksikan oleh salah seorang muridnya yang menonjol, Al-`Allamah Ibnul Qayyim Rahimahullah. Beliau berada di penjara itu selama dua tahun tiga bulan dan beberapa hari, mengalami sakit dua puluh hari lebih. Selama dalam penjara beliau selalu beribadah, berdzikir, tahajjud dan membaca Al-Qur`an. Walaupun telah dipenjara sebegitu rupa, tapi ianya tidak memberi kesan kepada Ibn Taimiyyah. Kerana hatinya telah mendapat nikmat dari Allah. Ibn Qayyim berkata bahawa kalau mereka mengalami susah hati, mereka akan pergi melawat ibn Taimiyyah dan mereka akan merasa tenang melihat keadaan beliau. Lihatlah, kalau kita hendak kata nikmat itu adalah nikmat kesenangan dunia, tentulah Ibn Taimiyyah itu hidup senang lenang, tapi tidak. Malah dia telah diberi ujian yang amat berat sekali.

CD 21

Oleh itu, nikmat yang kita mahu dalam doa kita dalam surah Fatihah ini adalah nikmat yang tertinggi. Ianya bukan dari harta dan kuasa. Kerana kalau ianya harta dan kuasa, tentu manusia yang jahat pun ramai yang dapat. Seperti Firaun, dia ada harta yang banyak dan kuasa yang besar, tapi tentunya dia tak dapat nikmat yang dimaksudkan dalam ayat ini. .

Oleh kerana kita sudah tahu nikmat ini adalah satu nikmat yang amat tinggi, maka kita kenalah cuba untuk dapatkan. Jangan rasa yang kita tidak layak kerana nikmat ini boleh didapati oleh setiap manusia asalkan mereka mahu berusaha. Dan yang penting, kena doa kepada Allah diberikan nikmat ini kepada kita.

Ulama ada juga berbincang, adakah orang kafir dapat nikmat? Kalau kita lihat dalam dunia sekarang, yang banyak ada harta dan kesenangan adalah orang kafir. Adakah kita rasa Allah lebih sayang kepada mereka sampaikan mereka dapat lebih lagi dari orang Islam? Ini kena dijelaskan kerana kalau manusia tidak jelas, mereka akan pandang tinggi kepada orang kafir yang kaya raya dan berjaya itu dan akan cuba untuk mengikuti cara-cara mereka. Ini amat bahaya kerana kalau cara mereka itu bertentangan dengan agama, takkan kita nak ikut pula?

Oleh kerana itu, kita kena faham, segala kelebihan dan nikmat yang didapati oleh orang kafir itu bukanlah nikmat yang sebenarnya, kerana apa yang mereka dapat itu akan memberi azab kepada mereka akhirnya. Kerana dengan kesenangan, kekuasaan dan kekayaan mereka itu, ianya semakin menjauhkan mereka dari agama yang benar. Dan kita kena faham bahawa, kalau mereka kaya dan senang, bukanlah itu tanda Allah sayang kepada mereka. Ini penting kerana ada fahaman yang salah yang kata, kalau seseorang itu tidak berjaya dalam kehidupan, ada orang yang akan kata, itu sebab dia adalah buat salah lah tu, tidak solat lah tu, harta tidak berkat… dan sebagainya. Jangan kita terjerumus dengan fahaman yang sebegitu. Itu adalah fahaman orang kafir. Sebagai contoh, Kristian mazhab Protestant berfahaman, kalau seseorang itu kaya, itu tanda tuhan sayang. Itu salah faham dan orang Islam pun ada salah faham begitu. Kesenangan dan kesusahan adalah ujian. Selalu kita sangka kesusahan itu ujian, bukan? Tapi ketahuilah, kesenangan itu juga ujian. Kerana selalunya orang yang senang, susah nak ingat Allah. Dan kerana salah faham dengan konsep ini, menyebabkan ramai orang Islam yang solat kerana mereka hendak rezeki mereka murah, padahal kita sepatutnya solat kerana itu adalah arahan dari Allah. Kalau solat kerana hendak rezeki, itu sudah salah niat.

Untuk memahami dengan lebih mendalam, kita kena faham hakikat dunia. Iaitu kita kena tahu betapa rendah nilainya seperti yang Allah telah firmankan dalam An’am 32:

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

Ayat ini adalah tentang orang kafir yang hidup di dunia ini dengan menjadikan ianya sebagai permainan dan melakukan perkara yang sia-sia sahaja. Mereka tidak ada melakukan perkara yang bermanfaat. Sedangkan orang mukmin, akan beramal dan mengumpulkan pahala semasa hidup di dunia. Bukannya nak kata dunia ini langsung tiada nilai. Maka kena faham apakah maksud ayat ini. Oleh kerana itu, kita tidaklah tolak langsung dunia ini. Boleh kalau nak pakai pakaian yang cantik, kereta yang baik, tapi jangan jadikan ianya sebagai tujuan utama hidup kita. Kita kena tahu yang tujuan hidup kita adalah untuk mencari bekal untuk akhirat. Kena buat amalan kebaikan dengan banyak. Barulah kehidupan kita di dunia ini tidak jadi ‘mainan’ sahaja.

Memang keindahan dunia ini amat merbahaya. Kerana ianya ada sahaja di depan mata kita dan kita hanya nampak dunia sahaja. Walaupun kita sudah banyak baca dan faham apakah kepentingan akhirat, syurga dan neraka, tapi mata kita tidak nampak semua benda-benda ghaib itu. Lain dengan dunia, yang memang kita sedang hadapi setiap hari ini. Dan kita memang sudah biasa membuat keputusan berdasarkan apa yang kita nampak di hadapan mata kita. Oleh kerana itu, ramai yang terjerumus ke dalam perangkap dunia sampai mereka lupa akhirat, lupa yang akhirnya mereka akan pergi ke sana dan lupa untuk menyiapkan bekal ke sana. Maka jangan kita lebihkan dunia dari akhirat. Ingatlah yang kita tinggal di dunia sekejap ini sekejap sahaja. Dalilnya, setiap hari, ada sahaja orang yang mati. Kita pun tidak lama lagi, akan mati, entah sebentar lagi boleh mati, kita tidak tahu. Oleh kerana ianya sementara sahaja, maka ianya bukan tempat mengaut nikmat. Yang kita hendak terima nikmat yang sebenarnya adalah di syurga nanti. Kalau kita tidak dapat nikmat semasa di dunia ini pun, tidaklah mengapa, asalkan kita mendapat nikmat yang banyak di akhirat nanti.

Ada satu hadis dari Nabi Muhammad yang mengatakan bahawa dunia tidak bernilai satu sayap nyamuk.

Dari Sahl bin Sa’id as-Sa’idi radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَوْ كَانَت الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ الله جَنَاحَ بَعُوضَةٍ ، مَا سَقَى كَافِراً مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ

“Seandainya dunia ini di sisi Allah senilai harganya dengan sayap nyamuk, niscaya Allah tidak akan memberi minum barang seteguk sekalipun kepada orang kafir” (HR. Tirmidzi, dan dia berkata: ‘hadits hasan sahih’)

Lihatlah apa kata Nabi kita sendiri, dunia ini tiada nilai. Apa yang boleh buat dengan satu sayap nyamuk? Kalau nyamuk nak terbang pun, kena ada dua sayap baru boleh terbang. Kalau kita sedar hakikat dunia, jadi kita tidak tertipu dengan dunia lagi dah.

Kesimpulannya, banyak sangat ayat Qur’an dan hadis yang mengingatkan kita supaya jangan fokus kepada kenikmatan dunia sahaja. Kalau kita tumpukan sangat kepada dunia, akhirnya akan mati juga. Semua kena tinggal, termasuk anak pinak, harta benda dan duit yang kita kumpulkan itu. Tempat tinggal kita yang kekal abadi adalah di akhirat nanti. Oleh kerana itu, nikmat yang kita mahukan adalah di tempat yang kita akan kekal abadi, di syurga, in sha Allah.

Jadi jangan terkesan sangat dengan apa yang terjadi di dunia ini. Apa-apa sahaja yang terjadi kepada kita, kita redha sahaja, terimalah ia sebagai ujian dari Allah. Tapi bukanlah kita suruh tolak terus dunia ini. Kerana kita masih hidup di dunia. Kita masih lagi perlu makan, berkeluarga dan sebagainya. Para Nabi dan para sahabat pun tidaklah menidakkan keinginan nafsu mereka. Cuma ia perlu dijalankan dalam lingkungan syariat. Dan kita kena ingat yang hati mereka tidak tertakluk kepada dunia.

 

Kesimpulan

Jadi kena faham apakah yang kita minta kepada Allah dalam ayat ini. Jangan kita baca sahaja tanpa faham. Dan selepas tahu, kita kena cuba sedaya upaya untuk mencapai nya.

Ingatlah juga bahawa sedikit sebanyak kita sudah dapat nikmat yang disebut dalam ayat ini. Kerana kita sekarang sudah mendapat iman dan islam. Maka kita kena bersyukur kepada Allah supaya Dia tambah nikmat itu. Bersyukurlah kepada Allah atas nikmat iman yang telah diberikanNya ini, kerana bayangkan kalau kita sekarang dalam agama lain dan sembah batu, matahari, api dan sebagainya? Dan majoriti manusia adalah kufur, tapi Dia telah pilih kita sebagai Muslim. Tingkatan iman dan Islam seseorang tentunya tidak sama, tetapi sekurang-kurangnya kita sudah Muslim, bukan? Bersyukurlah. Cuma kita kenalah memperbaiki diri dan iman kita. Jangan pula rasa dah selamat kerana rasa dah muslim dah.

Sekian sahaja tentang mereka yang kita kena ikut. Selepas ini kita akan belajar apakah jalan dan sifat yang salah. Ini penting supaya kita mana yang salah kerana kita tahu mana nak kita elak. Kalau nak tahu tentang putih, kita kena bezakan dengan hitam, bukan? Barulah jelas putih apabila dibandingkan dengan hitam.

CD 22

Allahu a’lam


 

Rujukan:

Jamal Zarabozo

 

Course on Parenting November 22, 2015

Filed under: Family — visitor74 @ 10:14 pm

  

 Note: I’ve been a parent almost two years now. Currently the achallenges are about raising my daughter’s physical well-being, her food, her development and whatnot. 

But I know that there will come a time when her religion and her akhlak would need to be nurtured . I need to be ready for that. This didn’t come with my daughter when we got her. Usually, when we buy electrical products, it comes with a manual. We don’t  get a manual when we got our children, do we?

So I’m turning to Nouman Ali Khan who has sort through the Qur’an for verses to prepare us to nurture our children. I’m twriting his down for my references later. 

——

Parenting these days are different with the past. No more decency in the society like it used to. Looking back even a few years ago. In a couple of decades, things has changed dramatically. The way Islam is practised is different already. It’s not the same with our time. Islam is used to be on autopilot. Because there’s Islamic environment already. Decency was prevailing, respect was normal, children were exposed to Islam really. 
Things has changed dramatically. Children exposed to bad things early and it has become a norm. This is the age of YouTube, Twitter, Facebook etc. it’s so prevailing nowadays. All those gates to mungkar. Majority follow a certain lifestyle that is not good. That’s the dominant culture. Harder because we are minority. The child wants to blend with the majority and don’t want to look weird. So they do bad things just to be accepted. We need to do extra. And it’s not easy. 
So what can we do? We need to look to what Allah is saying about parenting. Apart from giving them shelter, food and stuff. Is there anything else? Is it just that. So we need to look at ayats and looking for parenting values. What does parenting means? 
Chapters involved:
1. Our children is a blessings. A gift from Allah. 

2. What should be our concerns as parents?

3. Kids can be a trial. 

4. We and our children on judgement day. 

5. Parental psychology from surah Yusuf and Qassas. 

6. Important lessons to teach our children from Quran. What are important things that they should know as children. 

7. Allah encourage to devout our children for the service of Islam. Prepare the child to serve Allah deen. Because they are children of Allah to be used for His deen.

Importance of parenting 
Nisa:1 
‎يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
O people! be careful of (your duty to) your Lord, Who created you from a single being and created its mate of the same (kind) and spread from these two, many men and women; and be careful of (your duty to) Allah, by Whom you demand one of another (your rights), and (to) the ties of relationship; surely Allah ever watches over you.
Allah honored Adam in this verse, our father. What about the mother? The word وَالْأَرْحَامَ means the womb. This points to the mother. 

Then Allah told us to make taqwa. We have to take care of our relation with Allah as mentioned in اتَّقُوا رَبَّكُمُ. There are right of Allah and rights of parents. Parents is honored. Meaning they have a huge responsibility. This is also about parenting. Usually we talk about the rights of parents, But about the responsibility as parents? It comes with the territory. When there’s honour, there comes with it the responsibility. When parents hugely honoured, then that means that they have huge responsibility as well. 

To be continued. 

 

Fiqh Praktis kelas ke 4: Thoharah: Bab Sisa Air November 3, 2015

Filed under: Fiqh — visitor74 @ 1:12 am

   
    
    
    
 

Sekarang kita masuk kepada Bab sisa minuman 

Sisa makanan dan minuman terbahagi kepada dua: ada sisa yang najis dan ada yang tidak. 

1. Sisa makanan manusia: Kalau sisa makanan dan minuman manusia tidak najis walaupun mereka itu adalah orang kafir. Kerana mereka tidak najis. Yang najis adalah akidah mereka. Sampaikan tidak molek kalau mereka dijadikan sebagai teman rapat kita. 

Islam juga tidak menganggap perempuan yang di dalam haidh sebagai najis atau kotor. Pernah Nabi minum bekas air minuman Aisyah semasa Aisyah dalam haidh dan siap minum dari bekas mulut Aisyah lagi. Ini berlawanan dengan agama lain seperti Yahudi, contohnya yang menjauhkan wanita semasa wanita itu dalam haidh. Sampaikan tidak boleh makan sekali. 

Oleh itu, kita bezakan antara Najis maknawi dan najis haqiqi. Kalau dikatakan orang kafir itu najis, ianya adalah najis maknawi, bukan haqiqi. Begitu pun jangan rapat dengan mereka. Lihatlah bagaimana orang kafir rapat dengan anjing. Kerana mereka sendiri adalah najis. 

 

Fiqh Praktis Kelas ke 3: Thoharah: Bab Najis October 20, 2015

Filed under: Fiqh — visitor74 @ 9:11 am

IMG_5742

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Bab najis

Kenapa kita hanya belajar jenis-jenis najis sahaja? Kerana senang ajar apakah yang najis kerana jenis najis sikit sahaja. Selain dari najis yang telah disebut, maka ianya bukanlah najis.

Asal hukum semua benda adalah suci. Kecuali jika telah sabit dengan bukti yang ia najis. Segala benda di sekeliling kita samada hidup atau tidak, ianya suci.

Kalau kita was-was samada pakaian kita terkena najis atau tidak, kita kena terima yang ianya suci. Selagi tidak ada bukti, kita hukumkan yang ianya suci. Boleh bawa solat.

Begitu juga, asal seseorang adalah bebas dari tanggungjawab. Iaitu tanggungjawab membersihkan sesuatu itu daripada najis. Jadi tidak sewenang-wenang suruh orang basuh baju atau tempat. Hanya dah tsabit ia najis baru kena basuh.

Najis atau tidak kena ikut syarak. Bukan kita yang tentukan, tapi kena lihat apa syarak kata tentangnya.

Najis manusia kena dibersihkan kerana Islam mementingkan kebersihan. Mengikut dalil dari hadis bagaimana dua penghuni kubur yang tidak membersihkan diri dengan betul dan seorang lagi yang mengadu domba. Lelaki yang tidak membersihkan najisnya itu telah diazab dalam kubur lagi kerana kesalahannya itu. Macam zaman sekarang, kalau kita lihat lelaki yang kencing di urinal, lepas kencing terus tutup zip tanpa membasuh kemaluannya. Implikasi kalau tak jaga kesucian akan menyebabkan solat tertolak. Itulah sebabnya penting untuk kita membersihkan diri kita dari najis.

Satu lagi dalil yang kita kena bersih dari najis adalah bagaimana pada satu hari, Nabi sedang solat dan baginda telah cabut kasut yang sedang dipakai oleh baginda sebab kasutnya ada najis (diberitahu oleh Jibrail). Sahabat yang nampak terus perbuatan Nabi itu terus ikut buang juga kasut mereka, sebab mereka memang sentiasa ikut Nabi. Bukan macam kita.

Selain dari haidh, darah kotor yang termasuk dalam jenis najis adalah termasuk darah nifas dan darah istihadhah.

Wadi dengan mazi, dua-dua boleh renjis sahaja.

Bangkai: Binatang disembelih tidak disebut nama Allah. Atau sebut nama Allah, tapi masa sembelih tidak disembelih dengan cara syarak.

Termasuk dalam kategori bangkai adalah kalau bahagian binatang yang belum mati. Sebagai contoh, orang Arab zaman jahiliyah akan cucuk binatang ternakan dan tadah darah binatang itu dan disimpan sampai beku. Apabila beku, mereka akan makan.

Ataupun mereka juga ambil lemak dari binatang yang masih hidup dan digunakan dengan masakan yang menggunakan lemak binatang. Binatang itu masih hidup lagi. Mereka ambil darah dan ambil lemak supaya mereka boleh ambil manfaat dari binatang itu tapi binatang itu mati. Maka mereka boleh guna banyak kali. Apa yang mereka ambil itu adalah najis dan tidak tidak boleh dimakan. Sudahlah ianya menyiksa binatang.

Bangkai yang dibenarkan ada dua: hidupan lautan dan belalang.

Kulit binatang boleh digunakan setelah proses yang dipanggil dibagh – orang kita panggil ‘samak’. Tapi boleh jadi keliru kalau pakai terma itu. Dibagh adalah proses pembersihan kulit binatang itu sampai bersih dan boleh digunakan, terutama dari lemak binatang itu. Kena buang lemak kalau tidak kulit itu akan menjadi busuk.

Yang berkaitan dengan samak dalam masyarakat kita adalah tentang anjing. Banyaklah perbincangan tentang perkara ini dan kita nak berikan satu keputusan. Sebenarnya dalam hadis, yang disebut perlu dibasuh adalah air liur anjing sahaja. Tidaklah perlu disamak tubuh kita kalau bersentuhan dengan tubuh anjing itu. Kalau air liur anjing kena bekas makanan, barulah perlu dibasuh dengan air tanah. Ini adalah kerana air liur anjing dikira sebagai najis mughallazah. Semoga kekeliruan masyarakat akan pudar. Tidaklah takut kalau berjumpa dengan anjing lagi. Sedangkan anjing juga boleh digunakan sebagai anjing pemburu dan digunakan sebagai penjaga ladang.

Berkenaan dengan najis dari anjing pula ada dua pendapat:
1. Kena samak dengan air tanah juga kerana najis anjing lagi teruk dari air liurnya.
2. Tidak perlu disamak kerana nas hanya menyuruh samak air liur anjing sahaja.

Tapi, Sheikh Uthaimin berpendapat, utk keluar dr khilaf, eloklah disamak juga kalau kena najis anjing itu.

Jadi, pembahagian najis ada tiga:
1. Najis mughallazah – hanya satu sahaja iaitu air liur anjing.
2. Najis mughaffafah – najis ringan. Hanya satu sahaja, iaitu air kecil bayi lelaki yang masih menyusu. Najis ini ringan sahaja maka hanya perlu direnjis sahaja dengan air.
3. Najis mutawasitah – najis pertengahan. Iaitu najis yang jenis bukan najis mughallazah dan bukan najis mughaffafah. Najis mutawasitah ini perlu dibasuh dengan air hingga bersih. Tidak ditetapkan berapa kali basuh, asalkan bersih sahaja.

Mungkin elok juga kalau dibincangkan sekali tentang babi. Tidak ada nas yang menyuruh kita menyamak tubuh kita kalau bersentuhan dengan kulit babi. Yang hanya disebut adalah larangan makan daging babi sahaja. Sedangkan babi ada zaman Nabi dan tidak ada Nabi suruh kita samak kalau bersentuhan dengan babi.

Allahu a’lam. Sambung ke bab yang seterusnya. 

 

Fiqh Praktis kelas ke 40: Kelebihan Solat berjemaah  October 16, 2015

Filed under: Fiqh — visitor74 @ 7:00 pm

   
    
    
    
    

  

Oleh itu, kita dapat tahu bahwa wanita lebih elok solat di rumah. Walau pergi haji atau murah pun. Lebih baik kalau solat di bilik hotel sahaja. 

Cuma dalam masa yang sama, Nabi juga ada kata jangan larang kalau wanita hendak pergi ke masjid. Dan pada zaman Nabi pun, memang ada sahabat wanita yang solat di masjid dengan Nabi. Kenapa pula begini, sedangkan telah disebut yang lebih afdhal kalau wanita solat di rumah? Kerana masjid ada kelebihannya yang tersendiri. Walaupun begitu, masih tidak melebihi kelebihan kalau solat di rumah. 

Sekian. 

 

Fiqh Praktis kelas 39: kewajipan solat berjemaah  October 11, 2015

Filed under: Fiqh — visitor74 @ 6:41 pm

   
    
     

  
Solat jemaah 

Apakah maksud ‘tidak ada solat baginya’? Ada tiga kemungkinan 

1. Dia tak buat solat. Seperti dia tidak melakukan solat.  

2. Tidak sah solat dia. Tapi bagaimana boleh begitu sedangkan dia solat cukup rukun.   

3. Dinafikan kesempurnaannya. Inilah pendapat yang digunakan pakai oleh ulama. Iaitu solatnya sah, tapi tidak sempurna. 

Dalam salah satu dalil yang diberikan, ada satu hadis bagaimana Nabi nak bakar rumah orang-orang yang tidak solat berjemaah. Tapi dalam sirah atau hadis, tidaklah kita bertemu yang Nabi benar-benar bakar rumah sesiapa pun. Ini adalah kerana dalam rumah, tentu ada orang yang tak wajib solat jemaah. Kalau bakar, mereka pula kena sekali pula. 

Hadis sebut kawasan pendalaman yang tidak mendirikan jemaah solat. Jangan kita sangka yang kita duduk di kawasan bandar ini tidak berkenaan. Ianya menyebut mana-mana tempat secara umum.

Bagaimana dengan zaman sekarang kepada mereka yang tinggal di kawasan perumahan yang tidak ada masjid? Bagaimanakah mereka solat berjemaah? Ini bukan 3 orang lagi tapi mungkin 300 orang. 
Bila dikuasai syaitan, maka kita boleh lihat bagaimana musibah di kawasan itu meningkat. Ada sahaja kecurian dan sebagainya. Kerana syaitan dari golongan jin dan manusia bermaharajalela. 
Ingatlah yang bila dah tiga orang, maka akan jadi wajib. Jadi kalau kita bermusafir tiga orang atau lebih, kena juga dirikan solat berjemaah. Tidak ada pengecualian.

Malangnya, masyarakat kita meringankan kewajiban solat berjemaah ini. Kalau kita lihat di RnR, banyak yang solat sendiri sahaja. Mungkin kerana tidak ada ilmu agama atau malu. Dan memang masyarakat kita ni jenis pemalu tak bertempat. Sepatutnya solat berjemaah perlu dilakukan walau solat berlainan waktu. Katakanlah ada yang solat asar, tapi kita nak solat zuhur. Boleh sahaja solat sekali dengan orang yang solat asar itu. Cuma kalau kita qasar dan kita tahu yang Imam itu solat tamam, maka kita kena tamamkan solat kita juga. 

Kalau kita lewat ke masjid, elakkan dari menjadikan jemaah yang kedua, ketiga dan seterusnya. Ini adalah pendapat yang kuat. Kerana di masjid itu ada imam ratib dan kita tidak boleh nak bina jemaah yang lain. Ini untuk menghalang masyarakat dari tidak menjaga untuk pergi kepada jemaah yang pertama. Nanti akan ada perpecahan. Dan akan ada yang datang lewat kerana mereka tahu akan ada jemaah yang lain. Syarak amat menjaga perkara ini. Ibn Abbas pernah pergi lewat ke masjid dan beliau nampak jemaah pertama sudah habis. Maka beliau balik semula ke rumah dan tidak pun bina jemaah yang kedua. Sedangkan kalau boleh buat jemaah baru, tentunya dia paling layak untuk mendirikan jemaah yang kedua kerana dia adalah sahabat Nabi. Tapi dia tidak buat begitu. Begitulah, amat buruk sekali kalau satu masjid ada beberapa jemaah yang didirikan. 

Tengok macam mana masyarakat kita pada solat jumaat. Kita nak solat jemaah jadi macam itu. Semua akan masuk jemaah yang satu. Begitulah yang sepatutnya. Sebab mereka dah tahu yang jumaat hanya ada satu jemaah sahaja. Semua solat waktu lain pun patut macam itu juga. 

Bagaimana kalau jemaah musafir datang ke masjid yang dah habis jemaah yang pertama? Kalau begitu, kita kena tengok adakah ada  kemungkinan boleh jadi perpecahan? Boleh jadi akan menyebabkan perpecahan kalau ada orang lain di masjid itu. Kita tak mahu ada yang rasa boleh buat jemaah lain pula. Apa pula perasaan imam ratib kalau dia lihat ada yang tak solat dengan dia dan buka jemaah lain pula?  Dia mungkin terasa yang ada jemaah yang tak suka dengan dia sampaikan buat jemaah yang lain. Kita tidak mahu jadi begitu.

Sambung ke kelas seterusnya 

 

Fiqh Praktis kelas 2: Thoharah Bab Air October 8, 2015

Filed under: Fiqh — visitor74 @ 5:22 pm


  
  
  
  
  

Pengenalan:

Lafaz ‘thoharah’ asalnya berkenaan ‘penyucian jiwa’. Iaitu penyucian dari syirik dan dari benci membenci sesama umat Islam. Kerana tidak akan berguna thaharah dari segi fizikal kalau tidak disertakan dengan thaharah hati dan akidah. Rosak akidah adalah sejenis dari kekotoran seperti yang Allah telah firman dalam Taubah:28.

ا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا إِنَّمَا المُشرِكونَ نَجَسٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis,

Dalam ayat ini, yang dimaksudkan dengan najis itu adalah ‘najis akidah’. Bukanlah kalau kita bersalam dengan mereka, kena basuh tangan pula selepas itu. Ataupun selepas bersalam dengan mereka, batal wuduk kita dan sebagainya.

Lagi satu dalil, Nabi ada bersabda yang orang beriman tidak najis walaupun dalam hadas. Ini kita tahu dari kisah Abu Hurairah bersama Nabi Muhammad:

274 – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ قَالَ حَدَّثَنَا بَكْرٌ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقِيَهُ فِي بَعْضِ طَرِيقِ الْمَدِينَةِ وَهُوَ جُنُبٌ فَانْخَنَسْتُ مِنْهُ فَذَهَبَ فَاغْتَسَلَ ثُمَّ جَاءَ فَقَالَ أَيْنَ كُنْتَ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ كُنْتُ جُنُبًا فَكَرِهْتُ أَنْ أُجَالِسَكَ وَأَنَا عَلَى غَيْرِ طَهَارَةٍ فَقَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ إِنَّ الْمُسْلِمَ لَا يَنْجُسُ

274. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Humaid berkata, telah menceritakan kepada kami Bakar dari Abu Rafi’ dari Abu Hurairah, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berjumpa dengannya di salah satu jalan di Madinah, sementara ia dalam keadaan junub.” Abu Hurairah berkata, ‘Aku pun menyelinap keluar dan pergi mandi’. Setelah itu datang lagi, baginda lalu bertanya: “Kemana saja kamu tadi wahai Abu Hurairah?” Abu Hurairah menjawab: “Aku tadi dalam keadaan berjunub. Dan aku tidak suka di dalam majlismu sedang aku dalam keadaan tidak suci.” Mendengar jawapan Abu Hurairah itu, Beliau pun bersabda: “Subhaanallah!Sesungguhnya orang Muslim itu tidak itu najis.”

Boleh baca syarah hadis ini di sini.
Islam amat mementingkan kebersihan, sebab itulah ada Bab Thoharah dalam kitab-kitab Feqah kita. Beza orang kafir dan muslim adalah, orang kafir ramai yang mementingkan kebersihan luaran (malah lebih baik lagi dari muslim) tapi mereka tidak bersih dari segi akidah. Orang Islam pun yang tidak mementingkan kebersihan adalah kerana tidak faham agama.

Untuk ibadat jadi sah, kena ‘angkat’ hadas. Apakah hadas itu? Ianya adalah satu sifat dalam bentuk hukum. Kalau dalam hadas, ibadat tidak sah. Ini adalah satu perkara yang amat penting, kerana itulah Bab Thoharah sentiasa ada di awal-awal kitab. Sebagai contoh, Thoharah adalah kunci kepada solat. Dan itulah sebabnya kita akan belajar bagaimana wuduk dan mandi junub. Dan solat pula adalah ibadat yang paling penting.

Dan untuk suci, air adalah bahan terpenting untuk mengangkat hadas itu. Oleh itu, bab thoharah akan dimulai dengan belajar tentang air. Air dibahagikan kepada tiga jenis:

1. Suci lagi menyucikan. Ini dinamakan ‘Air Mutlaq’. Ianya adalah air yang kekal pada bentuk asalnya. Masih lagi dipanggil ‘air’. Kita tidak panggil dia ‘kopi’, teh atau sebagainya. Kalau ada campur benda lain pun, kita kata: air tu air campur gula….

Air yang menyucikan itu termasuk air yang bercampur najis tapi tidak mengubah bau, rasa dan warna. Ini adalah tiga perkara yang perlu dilihat. Kalau tidak berubah tiga perkara itu, air itu masih suci lagi. Kalau kita nak minum air itu pun boleh (cuma sanggup atau tidak sahaja).

Air mutlaq termasuk air yang dinamakan ‘musyammas’ – air yang terjemur dalam panas matahari. Memang ada hadis yang mengatakan kalau pakai air sebegitu, akan menyebabkan penyakit, tapi hadis itu tidak sahih.

Air yang boleh digunakan untuk mengangkat hadas, termasuk juga air yang dinamakan ‘ air mustaqmal’. Masyarakat kita yang berpegang dengan mazhab Syafie memang ada masalah dengan hal ini. Sampaikan susah hidup mereka untuk mandi junub dan angkat wudhuk. Tapi kalau dilihat daripada dalil yang ada, air mustaqmal ini boleh dipakai untuk wuduk dan mandi junub.

2. Suci, tapi tidak menyucikan. Ianya adalah air suci yang bercampur dengan bahan yang suci juga. Boleh pakai tapi tidak digunakan sebagai mengangkat hadas. Sebagai contoh, air kopi. Kita tidak kata ianya ‘air’ sahaja, tapi kita akan kata: ‘air kopi’, bukan?

3. Najis 

 

Sambung ke perbincangan yang seterusnya

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 36 other followers